in

Gangguan Bekalan Air, Beberapa Restoran Nasi Kandar Di Pulau Pinang Tutup Sementara

Restoran Nasi Kandar Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gangguan air berjadual selama empat hari bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Pulau Pinang menjejaskan hampir 600,000 penduduk setempat termasuk beberapa restoran nasi kandar terkenal di negeri tersebut.

Menurut laporan NST, banyak restoran memutuskan untuk ‘berehat’ dan menutup perniagaan mereka atau hanya membenarkan pesanan bawa pulang.


Salah sebuah restoran yang terbabit ialah Restoran Deen’s Maju Nasi Kandar dan menurut pengurus restoran itu, ini merupakan kali pertama pihaknya terpaksa ‘cuti’ buat sementara waktu disebabkan gangguan bekalan air tersebut dan dijangkakan bakal kerugian mencecah RM50,000.

57D9D68D45Ba433Ec3Ec85Ed788Edf5A

Tambahnya lagi, operasi restorannya sememangnya memerlukan air yang banyak misalnya untuk mencuci ayam dan juga beras setiap hari dan ini tidak termasuk untuk membersihkan peralatan dan kegunaan pelanggan.

Menurutnya, sekiranya restoran kekal beroperasi seperti biasa, ia bakal menimbulkan pelbagai masalah kerana pihaknya sendiri tidak mengetahui jumlah air yang perlu disimpan dalam tempoh berkenaan dan memohon maaf kepada semua pelanggan kerana terpaksa menutup kedainya selama empat hari.

Artikel berkaitan : “Kami utamakan solat” – Alasan Restoran Nasi Kandar Buka Lewat Terima Pujian Netizen

Artikel berkaitan : “Tak lalu tengok!” – Pekerja Kedai Nasi Kandar Hanya Berseluar Dalam Di Premis

Seorang lagi pengurus di Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang pula berkata, pihaknya sejak awal lagi membuat keputusan untuk menghentikan operasi sejak pengumuman (gangguan air) oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), 8 Disember lalu.

1974310 606859729441993 6405721720722181393 O

Keputusan tersebut ternyata sukar untuk dilakukan, namun ia akan lebih sukar untuk menyimpan air sehingga Ahad dan akhirnya pihaknya membuat keputusan untuk bercuti dan dijangka kerugian mencecah RM30,000.

Pun begitu, wakil pengurusan Restoran Hameediyah berkata pihak mereka telah berbelanja besar untuk menyewa 30 tangki air dengan kos RM600 setiap satu daripada syarikat swasta untuk kegunaan cawangan restoran tersebut di Lebuh Campbell.

Selain restoran nasi kandar, seorang pemilik kafe di Lebuh Queen berkata pihaknya akan menggunakan bekas minuman dan makanan pakai buang serta menggunakan air mineral sepanjang tempoh tersebut.

Terdahulu, kerja baik pulih LRA Sungai Dua dilaporkan akan mengambil masa sehari dan bekalan air akan pulih semula jadi secara berperingkat dalam lingkungan 48 jam hingga 96 jam.

Sumber : NST

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.