in

“Ganggu ekosistem” – Ramai ‘Complaint’, Ini Sebab Kenapa Lampu Di Laluan Gerik-Jeli Tidak Dipasang

jalan gerik jeli tak dipasang lampu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insiden menyayat hati melibatkan seekor anak gajah jantan yang mati akibat digilis lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli baru-baru ini, terus meruntun hati rakyat Malaysia.

Susulan insiden itu, ramai yang membangkitkan isu ketiadaan lampu jalan di laluan berkenaan kerana dilihat menjadi antara punca kepada kemalangan terbabit.


Justeru, mereka menggesa agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan termasuk mempertimbangkan untuk memasang lampu jalan di laluan berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Artikel berkaitan: Polis Jelas Jarak Anak Gajah Terlalu Dekat, Pemandu Tak Sempat Tekan Brek

Artikel berkaitan: Dipercayai Cuba Tolak Lori Untuk Selamatkan Anak, Tindakan Gajah Ini Buat Ramai Sebak

Bukan lebuh raya biasa

Seorang pengguna Threads @noorhafizkamsani, tampil berkongsi pandangan mengapa lampu jalan tidak sesuai dipasang di lokasi tersebut.

Jelasnya, jalan tersebut merupakan laluan yang merentasi hutan simpan, kawasan tadahan air hujan dan tanah rizab kerajaan yang mana ia adalah kawasan habitat haiwan liar seperti gajah, tapir dan harimau.

Tambahnya, pemasangan lampu jalan di kawasan seperti ini boleh menyebabkan pencemaran cahaya yang akan mengganggu ekosistem dan kehidupan haiwan nocturnal (aktif waktu malam).

“Pernah dengar ‘pencemaran cahaya’? Lampu jalan pun penyumbang. Apabila laluan tu merentasi tengah hutan, lampu jadi masalah, bukan solusi,” jelasnya.

Ramai yang menyokong penjelasan lelaki itu dan berpendapat pemasangan lampu tidak semestinya jalan terbaik, dan kesedaran terhadap keseimbangan alam sekitar masih rendah.

553

Konflik gajah-manusia tak selesai sebab kekurangan peruntukan

Memetik sumber Sinar Harian, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob berkata, kekangan peruntukan dan kekurangan sumber manusia antara punca utama isu manusia dengan haiwan liar tidak selesai.

Katanya, aduan berkaitan insiden gangguan gajah merupakan antara aduan paling kerap diterima sejak awal tahun ini.

Jelasnya lagi, isu kekurangan sumber makanan dan gangguan habitat menjadikan laluan JRTB sebagai kawasan berisiko tinggi bagi pertembungan manusia dan gajah.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerjasama semua pihak mencari satu penyelesaian yang lebih berkesan bagi menjamin kelangsungan hidup gajah liar di negara ini.

Sumber: Threads, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.