Bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa artis Malaysia, korang mesti tengah hangat membawang tentang isu tersebarnya foto tidak bertudung Emma Maembong dengan abang Menteri Belia dan Sukan, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.
Semalam terbocor lagi 2 gambar ‘mesra’ Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani dengan Syed Abdullah daripada akaun Instagram @memes_puaka.


Syed Abdullah kesal akaun WeChat kena hacked, gambar percutian ke Thailand tersebar?
Menurut admin Instagram berkenaan, sumber yang menyebarkan gambar itu memaklumkan bahawa gambar-gambar tersebut telah dirakam ketika Emma dan Syed Abdullah bercuti di Thailand tak lama dulu.
Namun bila disoal siapa dan bagaimana individu terbabit memiliki gambar tersebut, dia enggan menjawab dan mahu kekal misteri. Hmm nak jadi ala-ala spy la kot ni.




“Tak mungkin berlaku, saya hanya ada satu kawan je kat sana”
Walau bagaimanapun, Syed Abdullah melalui instastory meluahkan rasa kesalnya apabila akaun WeChat diceroboh hingga menyebabkan gambar-gambar tersebut tersebar. Lebih mengejutkan, Abdullah hanya ada seorang kawan je di WeChat. Pun begitu, instastory ini telah dipadam.

Berikutan isu ini, Syed Abdullah memuat naik ucapan maaf di Instagram semalam dan memohon perkara ini jangan dikaitkan dengan rakan-rakan dan ahli keluarganya. Dia juga berharap agar perkara ini dijadikan tauladan kepada semua.
https://www.instagram.com/p/BtLmzPbgcJL/
Apa-apapun kami berharap Emma dan Syed Abdullah tabah hadapi dugaan ini. Diharapkan perkara ni tak berulang lagi. Lagipun abang Syed Abdullah ni Menteri Belia dan Sukan, perkara ni boleh affect reputasi adiknya. Haih 🙁