Kalau nak jadi popular memang sanggup buat apa je eh?
Sekumpulan remaja dari daerah Jepara di Indonesia baru-baru ini mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial kerana mempersendakan Islam.
Gambar yang dimuat naik oleh Wahyu Riyanto pada Isnin lalu mendapat lebih daripada 1.5ribu likes serta lebih 4ribu shares di Facebook.

Gambar itu menunjukkan lima remaja seolah-olah sedang solat berjemaah tetapi dalam cara yang biadap sekali. 4 ‘jemaah’ mengikut ‘imam’ mereka yang berdiri di antara dua motorsikal. Paling teruk lagi, dengan memakai kopiah tetapi tidak berbaju dan berseluar pendek menampakkan lututnya! Eh, kurang ajarnya..


Tindakan remaja itu mencetuskan kemarahan netizen dan mereka menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan lanjut kepada semua remaja yang menghina Islam itu.
Susulan laporan daripada ramai pihak, pihak polis daerah Jepara mengambil tindakan pantas untuk menjejaki kesemua remaja itu. Ketika disoal siasat, remaja-remaja berusia dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun itu mengaku tindakan tersebut adalah semata-mata untuk mendapat perhatian ramai.
Ketua Polis Daerah Jepara, Samsu Arifin berkata,
“Kesemua mereka bersekolah di tempat yang sama dan kami telah menangkap mereka di kediaman masing-masing.
Mereka sendiri mengaku sengaja berbuat demikian kerana mahu menarik perhatian pengguna laman sosial dan menjadi terkenal.”

Paling tidak boleh diterima apabila mereka berkata tiada niat untuk mempersendakan agama. Banyak lah kau takde niat!
Kami tiada niat untuk mempersendakan agama kerana kami semua juga beragama Islam,”
– Salah seorang remaja
Menurut Samsu, semua remaja itu dibebaskan sebaik sahaja keterangan mereka diambil namun mereka masih perlu datang ke balai polis itu setiap Isnin dan Khamis untuk siasatan lanjut. Pihak polis turut menyita dua motosikal yang digunakan dalam gambar berkenaan sebagai bahan bukti.
Kenapa perlu mempersendakan agama untuk kepentingan sendiri? Apa pun, diharapkan mereka yang melakukan tindakan begitu sedar dan lebih sensitif dengan isu agama.
