in

“Gambar nampak mahal!” – Jurugambar Dipuji Sanggup Redah Hujan Masa ‘Outdoor Photoshoot’ Pengantin

header kawin hujan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tipulah kan kalau dah masuk hujung tahun ni, jarang dapat jemputan kenduri kahwin sana sini? Senang kata, dah memang jadi satu acara wajib untuk pergi setiap tahun. Lagi-lagi bila dah boleh buat balik kenduri kendara sekarang, meriah!

Namun, baru-baru ini negara kita terutamanya kawasan-kawasan di Lembah Klang telah dilanda banjir teruk akibat hujan lebat yang berterusan tanpa henti sejak Jumaat lepas. Jadi, kenduri pun terpaksa dibatalkan.


Tapi, lain pula cerita pasangan raja sehari ini melalui video TikTok yang dikongsikan. Kecoh juga dibahagian komen sebab jurugambar dapat kredit. Wahhh! Korang agak-agak kenapa ehh?

@ariffrosly1

Semoga semua orang dipermudahkan urusan? #banjir2021 #wedding #fyp #photography

♬ original sound – Ariff Rosly – Ariff Rosly

Mengikut cerita, pada awalnya pasangan pengantin baru ini agak sedih sebab tiada gambar di pelamin selepas pelamin mereka dinaiki air, namun ianya tidak menjadi penghalang untuk jurugambar majlis persandingan mereka untuk bertindak kreatif!

kawin 7

Bertubi-tubi yang komen, sampai sanggup nak book!

Ini kerana, jurugambar tersebut sebaliknya menggunakan peluang dan keadaan yang berlaku dengan meminta pengantin untuk bergambar di dalam hujan dan ketika air naik tinggi dan hasilnya sangatlah fantastic yaa!

“Nampak expensive sumpah!” – Komen netizen

Kegigihan jurugambar itu ternyata mendapat pujian dari orang ramai yang boleh dikatakan tidak terus bertindak dengan membatalkan tempahan walaupun ketika hujan lebat.

komen full 3

Malah ada juga yang bergurau dengan mengatakan bahawa mereka ingin menempah jurugambar itu untuk majlis mereka nanti. Amboi, awal eh plan! Kini video itu telah pun mendapat lebih dari 1 juta views kurang dari 48 jam.

Untuk pasangan pengantin baharu lain yang sama terjejas sebab banjir, min doakan korang semua tabah untuk lalui ujian ni yaa… Mungkin ada hikmah semua ni terjadi…

Baca: “Wedding of the year’ – Batal Majlis Kahwin, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

lauk kenduri sedekah kepada mangsa banjir

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.