in

Gaji RM312,000 sebulan, Anak Robert Kuok Kini CEO Shangri-La Asia

syaz ft 2025 07 17T105345.090

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, anak perempuan Robert Kuok, Kuok Hui Kwong memegang jawatan Pengarah Eksekutif Shangri-La Asia dan terbaru beliau kini dinamakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat itu, bermula 1 Ogos ini .

Menurut laporan The Straits Times (ST), beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu sejak Jun 2016 dan dilantik sebagai Pengerusi pada Januari 2017.


Artikel berkaitan: ‘Sugar King of Asia’ Robert Kuok Kekal Tempat Pertama, Ini 5 ‘Billionaire’ Terkaya Di Malaysia

Artikel berkaitan: Isu Balik Raya Di Kampung Tapi Tidur Di Hotel, Ini Ulasan Ustaz Wadi Annuar

“Shangri-La Asia, yang disenaraikan di Hong Kong dan Singapura dalam makluman bursa hari ini berkata bahawa penyatuan peranan Pengerusi dan CEO di bawah kepimpinan Kuok (Hui Kwong) dijangka meningkatkan ‘kesepaduan strategik dan pelaksanaan operasi dengan memastikan visi yang bersatu dan konsisten di semua peringkat kepimpinan’,” menurut laporan itu.

images 4

Difahamkan, CEO sebelum ini, Lim Beng Chee, telah bersara pada akhir tahun 2022 tetapi masih kekal dalam lembaga pengarah sebagai Pengarah Bukan Eksekutif, tambah laporan tersebut.

Hui Kwong, 47, akan menerima gaji asas bulanan sebanyak S$94,300 (kira-kira RM312,000), selain bonus berdasarkan prestasi dan manfaat pencen.

Sebagai info, Shangri-La Group, yang diasaskan oleh Robert Kuok, individu terkaya Malaysia pada tahun 1971, bermula dengan pembukaan Hotel Shangri-La di Singapura.

Dalam laporan tahunan 2024, Shangri-La Asia mengendalikan lebih 100 hotel, dengan 81 daripadanya dimiliki sendiri, di bawah empat jenama utama iaitu Shangri-La, Kerry, Hotel Jen, dan Traders.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.