in

“Gaji RM2.8k beli rumah” – Abang Lawyer Dedah Antara Punca Orang Muda Muflis Awal

punca golongan muda muflis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, segelintir anak muda lebih cenderung kepada gaya hidup bermewah-mewah. Nak nampak bergaya, ada yang sanggup membuat pinjaman yang banyak demi merealisasikan impian tersebut.

Disebabkan tindakan itu, ada yang terpaksa bergelut dengan hutang keliling pinggang sehingga melibatkan pihak lain.


Sebuah video tular di TikTok, seorang peguam bernama Hafiz Baharuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Lawyer berkongsi satu trend golongan muda di mana segelintir daripada mereka bertindak membeli aset menggunakan pinjaman bank seperti kereta mewah dan rumah walaupun gaji kecil.

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Paksa Buat ‘Loan’ RM200k, Anak Jatuh Bankrap Sebab Tak Mampu Bayar

Katanya, ramai golongan bujang usia awal 20-an tidak memikir kehadapan tentang komitmen yang bakal ditanggung selepas ke alam perkahwinan.

@financialfaiz

Punca-punca orang muda ni muflis awal! Orang yang muda ni sebelum kahwin banyak ambil loan sana sini sehingga dibawa selepas kahwin! #financialfaiz #nazrihamdan #klpodfest #loan #youngsters #education

♬ Endless Love – Van

“Kita dapati ramai anak muda yang beli rumah pada umur 22, 23, ada yang beli kereta Civic hatchback, gaji baru RM2,800.

“Golongan ini tak kahwin lagi, dia tak dapat lagi life lessons yang lebih kompleks. Jadi bila dia orang commit dengan semua tanggungjawab, dia tak nampak lagi.

“Bila dia dah kahwin, ada anak, komitmen akan bertambah… boleh tak dia serve loan ni?” katanya.

Melihat keadaan itu, golongan ini akan mengajak pasangannya untuk sama-sama bertanggungjawab dalam membayar hutang.

Berkongsi pengalamannya, client dari golongan muda selalu berdepan dengan krisis bankrap melibatkan pembayaran ansuran kenderaan atau kad kredit.

“Contohnya beli motor jenama entah apa-apa. Motor itu kemudian rosak dan tak boleh jalan, selepas itu dia berasa kurang puas hati kerana perlu membayar hutang,” katanya.

Abang Lawyer menjelaskan hutang tersebut tetap perlu dibayar kerana telah membaca, memahami dan menandatangani perjanjian bersama peminjam wang sebelum ini.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang bersetuju dengan pandangan Abang Lawyer dan tidak kurang juga yang mempertahankan tindakan golongan muda membeli aset sebelum berkahwin.

Korang setuju ke?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.