in

“Gaji 1.2k, bayar saman 1k” –[VIDEO] Pekerja Kedai Makan Ini Kena ‘Sound’ Dengan Polis Sebab Salah Cara Pakai Mask

Artikel 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah masuk minggu kelapan dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial telah dibenarkan oleh pihak kerajaan tetapi perlu mematuhi Prosedur Operai Standard (SOP).

Terkini, pemakaian face mask atau pelitup muka pula telah diwajibkan bermula pada 1 Ogos.


Baru masuk minggu pertama peraturan ini dikuatkuasakan, sudah ada rakyat Malaysia yang dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak memakai face mask di tempat awam.

Malah viral satu video di media sosial yang menunjukkan seorang pegawai polis menegur beberapa pekerja kedai makan di sebuah pusat beli-belah yang mengenakan pelitup muka yang salah semasa menyediakan makanan.

*Sumber video twitter ricebunny

Polis 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam kejadian tersebut, pegawai polis berkenaan telah bertindak menegur cara pemakaian face mask dan etika kebersihan pekerja di premis makanan tersebut.

Apa yang mengejutkan lagi ialah pegawai polis berkenaan terus meminta kad pengenalan tiga daripada empat pekerja tersebut. Berkemungkinan mereka menerima surat amaran atau dikenakan kompaun.

 

Siapa tak cuak kalau polis minta IC kan? Harap lepas ni rakyat Malaysia lebih peka dan sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan agar perang melawan COVID-19 akan berakhir.

Baca: Terpaksa pakai sebab face mask terhad – Muka Jururawat Terbakar Lepas Guna Face Mask Yang Dicuci Dengan Peluntur

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.