in

Gagal Bayar Caruman PERKESO Pekerja, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

Shuib Bubblebee Didenda Caruman Perkeso

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat Bubblebee Sdn Bhd yang diusahakan pelawak Shuib dikenakan denda sebanyak RM17,500 atas tujuh pertuduhan melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.

Dua pengarahnya, Shuib atau nama penuh Shamira Muhamad dan Koh Choon Guan yang mewakili syarikat tersebut selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atasu semua pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Shah Alam.


Syarikat minuman itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan kerana gagal membayar caruman majikan dan pekerja kepada PERKESO melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun berjumlah RM97.80 untuk bulan Oktober hingga Disember 2023.

Artikel berkaitan: “Jangan ambil hak orang” – Individu Dakwa Bubble Bee Masih Hutang KWSP Pekerja Sejak 2022

Artikel berkaitan: “Berjaya capai perjanjian penyelesaian” – Shuib Jawab Tohmahan Netizen Isu Tak Bayar KWSP Pekerja

Xcf

Selain itu, pertuduhan keempat hingga keenam menunjukkan syarikat Bubblebee gagal membayar caruman keseluruhan RM17.40 untuk lelaki sama bagi tiga bulan yang serupa mengikut Sesyen 18 (1) Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Pendaftaran dan Caruman) 2017.

Manakala pertuduhan ketujuh Bubblebee didakwa gagal mematuhi saman bawah Seksyen 110 (1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di Pejabat PERKESO Selangor, pada jam 11 pagi, 10 Januari lalu.

Menurut pihak mahkamah, denda keseluruhan sebanyak RM15,000 bagi pertuduhan pertama hingga keenam, manakala RM2,500 bagi kes ketujuh.

Sekiranya gagal membayar denda, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua bulan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.