Tak lama dulu, kecoh diperkatakan mengenai Instagram trending game yang mana korang secara suka-suka boleh menjawab soalan melalui instastory dan post buat tatapan ramai.
Antara soalan yang pernah viral dan kemudian ditegah ramai supaya tidak menjawabnya jika ia berkaitan maklumat peribadi seperti nama penuh, nama ibu atau bapa dan tarikh lahir masing-masing.
“Awak dan pasangan anak nombor berapa?”
Walau bagaimanapun, seorang TikTokers baru-baru ini memberi peringatan kepada netizen untuk tidak join trend jawab soalan “Awak dan pasangan anak yang ke berapa dalam keluarga?”.
Menurut @hadirahhadi_, ia kerana trend ini mampu mengundang bahaya yang tidak diingini berkaitan dengan sihir.
Jelasnya lagi, jika anda dan pasangan merupakan anak sulung dalam keluarga, sebaiknya janganlah join trend ini kerana ia akan menjadi target mereka yang busuk hati dan berbuat ilmu sihir.
@hadirahhadi_ SOFT REMINDER FOR “INSTAGRAM TRENDING GAME” YANG RAMAI SUKA JOIN TU ‼️ #fyp #trending
Biasanya mereka suka golongan anak sulung ini kerana anak yang dikandung boleh dijadikan ‘anak kerak’,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik TikTok ini juga memberi peringatan supaya tidak mendedahkan nama penuh, nama ibu dan tarikh lahir seseorang kerana info ini juga jika jatuh ke tangan mereka yang mengamalkan ilmu sihir, ia akan membawa mudarat seperti santau.
“Jangan expose benda privacy kat public”
Rata-rata netizen bersetuju dengan posting berkenaan kerana ada yang mengakui mereka juga pernah disihir dan mengalami situasi yang memudaratkan dek kerana ilmu hitam ini.
Malah ada juga yang mengatakan sebaiknya info privasi diri janganlah disebarkan di media sosial kerana banyak perkara tak terduga boleh berlaku.
Apa-apapun kita tidak perlulah terlalu taksub akan hal ini dan berpeganglah kepada suruhan Allah serta menjauhi laranganNya. Mengamalkan ilmu sihir ini syirik dan semoga mereka yang beramal dengannya mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak.
Baca: [VIDEO] Didakwa Terkena Sihir, Ibu Mengandung Terpaksa Tahan Derita Terima Rawatan