Kebiasaannya orang menyamun pada waktu malam. Kes kali ini lain pula ceritanya. Boleh pula disamunnya warga emas pada siang hari?
Semalam heboh di Facebook mengenai video seorang gadis dipukul oleh penduduk Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor yang dikatakan cuba mengintip rumah seorang warga emas. Kecoh juga lah kes ini sampai viral di laman sosial.
Menurut Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku jam 9 pagi itu, gadis berusia 18 tahun telah mengintip rumah mangsa, manakala teman lelakinya yang berusia 21 tahun memulakan agendanya dengan menceroboh ke dalam rumah.
Wah berkomplot ye pasangan kekasih ini.
Si teman lelaki bertindak memukul kepala mangsa dengan kayu lalu merampas barang kemas milik warga emas tersebut. Tetapi nasib baik, mangsa berjaya bergelut dan menjerit minta pertolongan.
Oleh kerana takut ditangkap, si teman lelaki kemudiannya bersembunyi di bawah katil selepas mangsa menjerit meminta pertolongan. Ha tau pun takut!
Jeritan mangsa didengari anak serta jirannya dan mereka menahan kedua-dua pasangan kekasih itu yang cuba menceroboh rumah warga emas yang berusia 70 tahun.
Menerusi video yang tular semalam, gadis tersebut dilihat gagal menjawab pertanyaan seorang wanita berbaju merah akan mengapa dia mengintai rumah mangsa. Apabila disoal dia hanya menjawab, ‘sat chek nak explain’. Nak explain apa lagi kan? Sah sah nak pergi mencuri. Bawa je pergi balai polis, Settle!
Kedua-dua suspek telah ditahan polis dan kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Tonton video di bawah:
Baca: Dua Remaja ‘Sefie’ Selepas Mencuri iPhone, Kini Muka Tersebar