Sakit senggugut atau lebih dikenali sebagai Premenstrual Symptoms (PMS) ketika period bukanlah sesuatu yang baru buat kaum wanita. Emosi boleh berubah, terasa cramp di bahagia peha dan kaki serta banyak lagi yang dialami oleh mereka.
Terbaru, seorang wanita ada berkongsikan tips untuk menghilangkan rasa sakit senggugut di laman Twitter miliknya. Tips yang dikongsikan tersebut mendapat 18,000 perkongsian dan menerima reaksi positif daripada netizen yang beranggapan ianya sangat bermanfaat untuk mereka.
Namun, lain pula yang terjadi apabila ada seorang wanita yang mengatakan bahawa sebenarnya ganja adalah jalan penyelesaian untuk menghilangkan sakit senggugut. Betul ke?
Malah, kenyataan kontroversi tersebut turut mendapat sokongan daripada beberapa wanita lain yang turut pernah menggunakan ganja untuk menghilangkan sakit senggugut mereka.
“Lepas hisap terus hilang sakit”
“Before kawen guna weed hilangkan senggugut”
Kurang senang dengan apa yang dikongsikan, beberapa netizen menyelar kenyataan individu tersebut yang dikatakan mampu memberi pengaruh buruk kepada wanita-wanita lain.
“Jangan jadi bodoh”
“But banyak side effects”
Apa yang anda akan buat kalau sakit senggugut?
Kredit: Mader Inza