in

Gadis Dakwa Dikasari Penghantar Pesanan Lazada Sebaliknya Dikecam Semula Netizen

Gengster Akak Lazada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Gadis Dakwa Dikasari Penghantar Pesanan Lazada Sebaliknya Dikecam Semula Netizen
Loading
/

Kebanyakan orang kini memilih untuk buat pesanan online kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa kerana tidak perlu ke kedai untuk membeli barang.

Namun lain pula yang terjadi kepada gadis ini. Menerusi perkongsian Kaarmini Vasu di Facebook, dia telah menceritakan pengalamannya dikasari seorang penghantar pesanan Lazada hanya kerana turun sedikit lewat untuk mengambil barangan tersebut.


17190907 10206896362246173 8958271536590408889 N
sumber: facebook

“Saya jarang menulis entri seperti ini. Tapi saya rasa ia sudah keterlaluan. Ini untuk #lazadamalaysia.

“Saya terima satu SMS dari penghantar pesanan yang memaklumkan seorang wanita telah menghantar barang milik saya ke dalam kotak pos (saya tak tahu macam mana barang tersebut muat ke dalam kotak pos itu) dan dia mahu saya menghantar nombor kad pengenalan kepadanya melalui SMS.”

21766787 10208253637817214 2007357188749121621 N
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, Kaarmini memilih untuk tidak memberikan nombor kad pengenalannya sehingga dia sendiri pergi mengambil barangan tersebut di tempat pos itu.

“Dia sangat gelisah bila saya beritahunya yang saya hanya akan beri nombor kad pengenalan selepas saya mengambil barang tersebut. Dia beritahu jika saya tak beri nombor kad pengenalan melalui SMS, dia terpaksa bawa barang tersebut pulang ke pejabat,” kata Kaarmini.

21761718 10208253637857215 6968700033730490420 N
sumber: facebook

Akibat dari ‘ugutan’ penghantar pesanan itu, Kaarmini akhirnya bersetuju untuk turun ke bawah. Namun ketika dia dalam perjalanan turun, penghantar pesanan tersebut terus-terusan menghantar mesej kepadanya dengan rungutan yang dia perlu menunggu lebih lama.

21686365 10208253637897216 4192508920385052039 N
sumber: facebook

“Apabila saya sampai di rumah pengawal, dia nampak tak gembira. Dan bila saya tanya kenapa dia tak boleh menunggu saya sekejap kerana saya perlukan masa untuk turun ke bawah. 

“Dia mula menjerit dan berkata, ‘Saya tak ada masa dan saya kena pergi ke banyak tempat lagi.’ Dia juga menolak saya di bahu untuk menunjukkan rasa kecewanya pada saya,” jelas Kaarmini lagi.

Bersama entri tersebut, Kaarmini turut mendedahkan rakaman video ketika kejadian tersebut berlaku.

Susulan daripada apa yang berlaku, dia bercadang untuk melaporkan hal berkenaan kepada pihak Lazada dengan alasan wanita tersebut terlalu ‘ganas’ untuk melakukan kerja seperti itu.

Capture 20170928 143136
sumber: facebook
Capture 20170928 143051
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, perkongsian Kaarmini tidak mendapat sokongan dari netizen yang rata-rata menyalahkannya kembali kerana tidak memahami tugas seorang despatch yang tidak mempunyai banyak masa.

Aa1

 

Aa2
sumber: facebook

Namun ada juga segelintir dari netizen yang menyokong tindakan Kaarmini dan mengatakan penghantar pesanan tersebut seorang yang biadap. Malah individu yang patut dipersalahkan dalam masalah ini ialah syarikat Lazada sendiri.

Aa Lazada
sumber: facebook

Apa-apapun semoga masalah ini selesai dengan secepatnya. Sama ada pihak Lazada, pelanggan atau despatch tersebut eloklah berbaik-baik semula. Benda kecil boleh setel tanpa marah-marah kan? 

Baca: Video Pasangan Bergaduh Tunjuk Jari Tengah Di Pulau Pinang Terima Pelbagai Reaksi Negatif Netizen 

Tunjuk Jari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.