Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan sentiasa belajar melalui apa yang dilihatnya, ramai juga yang mengatakan kanak-kanak adalah cerminan kepada ibu bapa.
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah melakukan sesuatu yang sangat mulia dan dipuji oleh netizen.
Menerusi laman Twitter BFM, seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Sayf Mecca nekad menjual barangan mainannya lalu menggunakan ‘keuntungannya’ itu untuk membelanja beberapa orang anak yatim makanan segera ternama, McDonald’s.
1. A six-year-old boy has gone viral on social media for hosting a garage sale to sell his toys to raise money for children in orphanages.
Sayf Mecca had managed to raise enough to buy McDonald’s Happy Meals for 35 children from an orphanage in KL. pic.twitter.com/oco00yLWgb
— BFM News (@NewsBFM) March 31, 2022
Difahamkan, kanak-kanak itu menjual barang mainannya pada harga RM2-RM5 yang terdiri daripada beberapa mainan kereta Hot Wheels dan Monster Truck di halaman rumahnya di Ampang.
Terinspirasi daripada maskot Mickey Mouse
Selain itu, ibunya juga berkongsi anak lelakinya itu terinspirasi untuk melakukan aktiviti kebajikan itu selepas melihat maskot Mickey Mouse di McDonald’s meminta sedekah, lalu dia menyatakan idea untuk ‘belanja’ rakan-rakannya yang kurang berkemampuan itu.
Tindakan murninya itu telah memberikan senyuman kepada 35 orang anak yatim di sebuah rumah kebajikan di Kuala Lumpur.
“Good job Sayf!”
Perkara itu sememangnya menarik perhatian netizen dan ramai yang kagum dengan perbuatan anak kecil yang sangat prihatin terhadap yang mereka kurang berkemampuan.
Pandai betul adik ni, semoga ramai lagi rakyat Malaysia yang pemurah macam ni!
Baca: Lelaki Berkaki ‘Robot’ Sering Diejek Kanak-Kanak, Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Tersentuh!