in

“Fuhh power” – Netizen Terpukau Tengok Pemain Badminton Indo Lari Keluar Court Tukar Raket & Berjaya Dapat ‘Point’

Ft Greysia Keluar Court Ambil Raket Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Indonesia berjaya peroleh pingat emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas Greysia Polii-Apriyani Rahayu memenangi perlawanan akhir acara badminton beregu wanita, semalam. Pasangan itu mengalahkan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China dengan 21-19, 21-15 dalam tempoh hampir sejam.


Bukan kemenangan itu saja yang membuat rakyat Indonesia terpukau tetapi pasangan beregu itu turut memukau ramai netizen di media sosial selepas klip video ketika perlawanan akhir semalam viral.

Greysia Apriyani Emas

 

Berdasarkan rakaman itu, netizen terpegun melihat aksi Greysia Polii yang bertindak pantas dan berlari keluar dari gelanggang badminton tersebut untuk mengambil raket. Ketika perlawanan sedang berlangsung dan sedang berbalas pukulan, tali raket Greysia dikatakan terputus dan dia kemudian terus berlari ke tepi gelanggang mengambil raket yang baru.

Ketika dia berlari keluar, Apriyani hanya berseorangan di dalam gelanggang dan membalas pukulan beregu China itu untuk beberapa saat. Greysia kemudian masuk semula ke dalam gelanggang dengan pantas dan meneruskan perlawanan seperti biasa.

Untuk beberapa saat, pukulan berbalas pukulan dan akhirnya pasangan Indonesia tersebut berjaya mendapat point sekaligus menjadikan mereka hanya 2 markah sebelum memenangi set tersebut.

Tonton aksi mereka di bawah:

Ketika upacara penyampaian medal, Greysia dan Apriyani dilihat tidak dapat menahan air mata dan menangis selepas berjaya menyumbang emas buat negara tercinta. Menurut South China Morning Post, sebagai penghargaan membawa pulang pingat emas itu, mereka berdua akan diberikan ganjaran wang sebanyak 345,000 US Dollar (RM1,469,615.55) setiap seorang.

Regu Badminton Indo Nangis

Bukan itu saja, Greysia dan Apriyani juga dilaporkan akan menerima beberapa hadiah lain dan jika diikutkan, sebelum ini pemenang akan dihadiahkan rumah, kereta dan motosikal.

Indonesia setakat ini berjaya mengumpul 1 emas, 1 perak dan 2 gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan ia merupakan emas pertama disumbangkan menerusi acara badminton beregu wanita Indonesia.

Baca: “Inilah erti comeback sebenar” – Awal Larian Terjatuh, Sebelum Menang Acara 1500m Olimpik Tokyo

Sifan Hassan

Sumber: Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.