Malam tadi, Khairul Aming yang popular dengan produknya, Sambal Nyet Berapi mula menjual produk terbaru iaitu Dendeng Nyet Berapi menerusi TikTok Live.
Difahamkan, ketika TikTok Live itu, Khairul Aming mengatakan hanya 80 ribu unit Dendeng Nyet Berapi itu yang akan dijual terlebih dahulu. Namun, apa yang mengejutkan ramai pengguna media sosial adalah 80 ribu unit produk itu telah habis dijual dalam masa tiga minit 39 saat sahaja!
Menerusi X, Khairul Aming juga mengatakan dengan penjualan daging dendeng menerusi TikTokShop Malaysia itu, dia juga telah meraih hasil jualan sebanyak RM1.2 juta yang terpantas di TikTokShop Malaysia!
We did it guysss. Jualan RM 1.2 juta terpantas di TikTokShop Malaysia ??. Total 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi telah sold out dalam masa 3 minit 39 saat and i cant thank you enough for the support dari 3 tahun lepas. Terima kasih guysss ?? pic.twitter.com/vRWAx4ehsO
— Khairulaming (@khairulaming) February 2, 2024
Memang power betul KA ini!
Artikel Berkaitan: “Semua lepas” – KA Kongsi Tips Buat Senarai Produk Makanan Yang Dibawa Jika Ke Luar Negara
Selain itu, Khairul Aming juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembeli-pembeli yang telah menyokong produknya selama tiga tahun ini.
Mana yang tak sempat nak beli, boleh try buat daging dendeng yang pernah Khairul Aming kongsikan tahun lepas ketika Ramadan.
Puasa ke-24 : Daging Dendeng. Ramai yang request resepi ni. Perfect untuk makan hari raya nanti. Tapi kalau nak masak terus malam ni pun boleh jugak sebab sedap ? pic.twitter.com/ju0weJlJog
— Khairulaming (@khairulaming) April 15, 2023
Kalau korang tak sempat nak beli Dendeng Nyet Berapi semalam dekat TikTok, jangan risau sebab rasanya nanti Khairul Aming akan restock lagi dendeng tu, cuma memang kena start practice tekan jari dekat telefon pintar la supaya lagi laju bila tekan nak order tu.