in

‘Frust’ Putus Cinta, Lelaki Berlegar-legar Di Tempat Awam Tanpa Seurat Benang

bogel tempat awam

Cinta merupakan perasaan yang membuatkan ramai orang tidak keruan, malah dari segi perubatan kesan daripada putus cinta atau patah hati ini boleh membawa ke sakit-sakit fizikal seperti sakit dada, tekak mahupun di perut.

Terbaru, seorang lelaki bertindak berbogel di tempat awam sekitar Permas Jaya, Johor Bahru selepas didakwa putus cinta.

Artikel berkaitan: “Tiada permit kerja sah” –  Tular Video Penari Separa Bogel, Premis Di Bukit Bintang Ditutup Serta-merta

Artikel berkaitan: Warga Tempatan Marah, Wanita Jerman Berbogel Ketika Pertunjukan Kebudayaan Di Bali

Dalam laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut dari pekerja hotel berusia 26 tahun yang berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan janggal itu pada hari Khamis dan ditahan keesokan harinya.

“Wanita itu menyaksikan suspek dalam keadaan berbogel di tempat awam.

Hasil siasatan mendapati punca suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan oleh teman wanitanya.

Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental,” katanya.

Dalam video yang tular di platform X itu, dapat dilihat lelaki berkenaan berjalan seakan-akan tiada arah tuju dan cuba untuk melintas jalan sebelum ditahan dua lelaki. Selepas beberapa ketika, pihak polis datang dengan sebuah Unit Kereta Peronda (MPV).

Sumber: Buletin TV3