Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan pemberian elaun kepada petugas barisan hadapan yang berkhidmat sepanjang Covid-19 melanda negara.
Pengumuman itu nyata memberi khabar gembira kepada golongan frontliners yang rata-rata menghabiskan masa mereka bertugas demi rakyat dan negara
Namun khabar kurang enak didengar apabila terbaru dilaporkan…
frontliners yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menzahirkan kekecewaan mereka kerana kesukaran untuk membuat tuntutan elaun penugasan Covid-19 yang berjumlah RM200.”
Malah ada yang menyifatkan kerajaan seperti tak ikhlas dalam pemberian elaun tersebut apabila anggota dan pegawai polis terlibat perlu isi 3 salinan borang sebelum tuntutan elaun dibuat, lapor Sinar.
Banyak prosedur yang perlu dilakukan sebelum mendapat elaun RM200
Salah seorang anggota polis dari Pulau Pinang yang hanya mahu dikenali sebagai Ali berkata…
…mereka perlu isi borang melalui e-siar dan perlu diisi secara bertaip, malah ia perlu disertakan bersama enam jenis salinan dokumen peribadi.
Antara yang diperlukan ialah salinan akaun bank gaji, salinan slip gaji, surat arahan bertugas daripada ketua bahagian dan surat arahan bertugas yang ditandatangani oleh ketua polis daerah serta senarai nama petugas.
“Memang benar banyak sangat prosedur, macam tak ikhlas. Selain itu ia juga dilihat tidak adil kepada mereka yang bertugas pada awal pelaksanaan PKP iaitu 18 Mac kerana tuntutan penugasan boleh dibuat bermula dari 1 hingga 30 April.
“Ia juga mengambil kira jumlah penugasan 15 hari ke atas sahaja yang layak menerima RM200 manakala mereka yang bertugas kurang daripada 15 hari cuma layak menerima RM100. Penugasan dikira lapan jam sehari,”
Ramai anggota polis kecil hati, ambik keputusan tak apply elaun RM200
Manakala salah seorang anggota polis dari Selangor yang ingin dikenali sebagai Musa berkata, ramai anggota polis berasa kecil hati dengan perkara tersebut sehingga ada yang enggan membuat tuntutan.
“Perkara ini sudah kecoh dalam kalangan anggota polis kerana tidak berbaloi untuk isi tiga set tuntutan setebal 60 muka surat hanya untuk mendapatkan elaun sebanyak RM200,”
Untuk rekod seramai 42,000 anggota polis dibantu 6,000 angkatan tentera ditugaskan di seluruh negara sepanjang PKP berlangsung supaya keadaan terkawal dan lancar.
Baca : Bukan tak bagi balik kampung dan ziarah semasa Hari Raya tapi mampukah patuh SOP- Ismail Sabri