Tengah musim-musim PKP ni memang jadi satu masalah besar kalau tiba-tiba tayar pancit masa dalam perjalanan lagi-lagi kalau tiba-tiba tersadai kat tepi jalan, kereta tak banyak, lepastu kena social distancing pula.
Macam kes yang terjadi kepada doktor si sebulah klinik di Shah Alam ini. Tayar pancit masa dalam perjalanan ke tempat kerja. Mujurlah ada abang-abang PDRM dan askar bantu untuk tukarkan tayar mereka.
Frontliner to frontliner
Sebagai tanda penghargaan, doktor tersebut memberikan mereka 2 kotak topeng muka yang dia dapatkan dari klinik tersebut.
https://www.facebook.com/kliniksetiataipan/posts/1169899166684099?__tn__=-R
Sebagai pekerja barisan hadapan, pihak klinik tersebut juga patuh arahan dan beri kerjasama kepada frontliner lain iaitu duduk dirumah jika doktor mereka tidak bertugas.
Malah mereka juga ikut perintah memakai topeng muka apabila mereka bekerja.
Kami semua hargai jasa anda polis dan askar. Frontliner to frontliner. Kita semua anak Malaysia.”
Netizen begitu kagum melihat mereka bantu sesama sendiri dalam keadaan sebegini. Apa pun kami dari team Lobak Merah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja barisan hadapan untuk musim Covid-19 ini.