in

‘Founder’ Jenama Tudung Sambut ‘Birthday’ Kucing, Siap Pakaikan Baju Bertatah Swarovski

Kucing 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas jenama tudung ‘Bawal Exclusive’ iaitu Haliza Maysuri sering mendapat perhatian netizen di media sosial berikutan barangan mewah yang sering dibelanjakan untuk diri dan keluarganya.

Kalau sebelum ini Haliza berbelanja sebanyak RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak sulungnya, kali ini dia tidak lokek menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menyambut ulang tahun kucing peliharaannya yang diberi nama Money.


Baju kucing bertatah kristal Swarovski

Bagi ulang tahun Money yang ke-7, Haliza telah menempah pakaian kucingnya daripada pereka fesyen terkenal iaitu Dato’ Rizalman Ibrahim. Baju kucing itu dilihat cantik bertatahkan batu kristal Swarovski yang cukup diminati oleh pengasas tudung tersebut.

Artikel berkaitan: “Tiara Swarovski” – ‘Founder’ Bawal Exclusive Belanja RM3.5 Juta Untuk Majlis Kahwin Anak

Artikel berkaitan: “Kenapa kena mention harga?” – Lepas Isu Tudung RM1,200, Usahawan Dikecam Beli Kasut Harga RM5,290

Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju macam mama, letop berkilau mewah Swarovskinya. Bersiap nak sambut hari jadi Money.

@halizamaysuri

Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju @hautecouturebyri macam Mama, letop berkilau mewah Swarovskinya 😻 Bersiap nak celebrate birthday Money

♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

Tempah hadiah dari Paris, sambut di butik mewah

Haliza dan suami turut menempah beberapa hadiah custom made untuk Money seperti seutas beg Louis Vuitton berharga belasan ribu ringgit yang ditempah khas dari Paris. Selain itu, mereka turut memberikan Money seutas kolar kulit yang mempunyai huruf ‘M’ merujuk kepada nama Money.

Papa tempah khas hadiah hari jadi untuk Money. Sampai dari Paris nanti Money buat unboxing.

Hari jadi kucing Haliza disambut kecil-kecilan tetapi meriah di salah sebuah butik mewah jenama antarabangsa iaitu Louis Vuitton. Beberapa orang staf butik telah membuat kejutan sebiji kek untuk Money.

@halizamaysuri

Papa tempah khas hadiah hari jadi untuk Money, sampai dari Paris nanti Money buat unboxing 😻 @Louis Vuitton

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Video tersebut ternyata mendapat perhatian netizen di TikTok, rata-rata daripada mereka teruja melihat kemewahan yang dimiliki oleh pengasas tersebut.

Kucing 1 Kucing 2

Cantiknya baju Money!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.