Sebelum ini sudah pastinya semua sedia maklum bahawa pelakon dan juga usahawan berjaya, Fizo Omar sudah pun bercerai dengan bekas isterinya, Mawar Abdul Karim.
Sehingga kini, apa sahaja mengenai Fizo terus menjadi perhatian tambahan pula selepas bergelar duda ‘hot’.
Terbaharu, Fizo sekali lagi menjadi ‘bahan’ netizen apabila meninggalkan komen di ruangan Instagram pembaca berita TV3, Hawa Rizwana Redzuan.
Gara-gara komen “Good job Hawa” pelakon didakwa mahu ‘try’ personaliti TV berkenaan.
Malah ada juga yang pesan kat Hawa supaya mengambil hati ibu Fizo terlebih dahulu sebelum meneruskan hubungan dengan aktor berkenaan. Hmm korang ni tak baik tahu..
Alaaa korang ni bagi can lah kat orang tu masing masing single kan!