in

“Fitnah, menghina” – Farah Lee Sangkal Dakwaan Hutang RM130K, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

farah lee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial mengenai dakwaan seorang individu terhadap aktivis sosial, Farah Lee dan adik beradiknya berkait dengan isu hutang.

Menerusi laman X, individu itu mendakwa Farah Lee dan adik-beradiknya liat membayar hutang sebanyak RM130,000 yang dibuat arwah bapa mereka pada awal tahun 2000.


Terbaharu, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli tampil bersuara menyangkal semua dakwaan yang ditujukan kepada keluarganya.

Artikel berkaitan: “Hebat mama awak..” – Netizen Puji Didikan Wanita Ini, Anak Pandai Istighfar Ketika Marah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)


Dalam kenyataan itu, Farah mengakui adanya tuntutan hutang tersebut namun mempertikaikan jumlah yang dituntut kerana tiada sebarang bukti bertulis yang berjaya dikemukan oleh pihak berkenaan.

“Sehingga kini, tidak ada sebarang bukti bertulis mahupun tidak bertulis serta tidak ada sebarang saksi yang berjaya dikemukakan kepada kami, melainkan khabar angin semata-mata.

“Jadi, kami sekeras-kerasnya menolak sebarang pertuduhan ke atas kami, terutama sekali ke atas arwah ayah kami.

“Semua kenyataan yang dibuat, ditokok tambah dan ditujukan adalah tidak benar dan kami menafikan sekeras-kerasnya,” jelasnya di Instagram.

Bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu juga berkongsi beberapa tangkap layar dakwaan yang dimuat naik individu berkenaan berserta penjelasan. Katanya, dia terbuka untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak berkenaan.

IMG 8899 IMG 8898

Dalam pada itu, Farah juga menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut.

Ini termasuklah saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi terhadap kerosakan imej dan reputasi mereka serta gangguan yang diterima terutama dirinya seorang figura awam.

Individu dakwa Farah Lee tampil mohon maaf

Susulan kenyataan itu, pihak yang mendakwa telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Mereka mengakui kenyataan yang dibuat telah mengguris hati pelbagai pihak terutama kepada keluarga Farah.

Mereka juga memohon kerjasama pihak Farah untuk berbincang mengenai isu hutang tersebut secara peribadi.

Sumber: Instagram, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.