Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita rumah amal milik syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) sekitar Selangor dan Negeri Sembilan telah diserbu dengan pihak polis dan seramai 402 telah diselamatkan kerana siasatan mendapati kanak-kanak yang tinggal di rumah amal itu telah diliwat.
Susulan serbuan pihak polis itu, Ikhwan TV menerusi TikTok telah memuat naik video di platform tersebut di mana dalam video tersebut dapat dilihat dua orang wanita telah membidas perkara yang sedang tular di media sosial kini tentang GISBH.
Dalam video sketsa tersebut, dapat dilihat dua orang wanita itu sedang membincangkan isu semasa tentang dakwaan tentang GISBH.
@lkhwantvofficial “?????? ??? ????????? ???? ?? ????????, ?????????? ???? ?? ?????, ???????? ?????-????? ???? ?? ?????.” #GISBH #GISBHOLDINGS #IKHWAN #GLOBALIKHWAN #IKHWANTV #IKHWANEWS #fyp #viral #trendingvideo #fyppppppppppppppppppppppp #fitnah #ekonomiislam
Artikel berkaitan: Kecoh Pendedahan Isu Rumah Amal Eksploitasi Kanak-kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB
Artikel Berkaitan: “13 kanak-kanak dil*wat, usia 2 tahun diasing keluarga” – Pendedahan Polis Mengenai Penghuni Rumah Amal GISB
Namun, salah seorang dari mereka menyataan dakwaan tentang GISBH yang kini dipercayai oleh ramai orang awam sebenarnya hanyalah fitnah untuk menjatuhkan perniagaan tersebut.
Dalam video berdurasi lebih dua minit itu juga, mereka turut mengatakan fitnah itu dimulakan oleh si pembenci, disebarkan oleh si jahil dan diterima bulat-bulat oleh si dungu.
Untuk makluman semua, kes GISBH ini sedang dalam siasatan pihak polis.
Sumber: TikTok @ikhwantvofficial