Pendakwah bebas, Firdaus Wong ditegur oleh Ketua Penerangan Parti Rakyat India Malaysia, Suthan M berikutan dengan perkongsiannya terhadap individu yang memeluk Islam.
Dalam video satu viral menerusi TikTok, Firdaus Wong beri penyelesaian dalam pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 bukan Islam yang berkongsi minat mereka untuk memeluk Islam.
Artikel berkaitan : Kes PU Azman: Firdaus Wong Pilih Untuk Dedah Kerana Takut Azab Allah
Artikel berkaitan : Hadapi 11 Pertuduhan, Firdaus Wong Jadi Saksi Kes Perbicaraan Ustaz Ebit Lew
Dalam video tersebut, dia meminta guru Islam untuk membimbing mereka untuk mengucap dua kalimah Syahadah terlebih dahulu dan mengajar mereka tentang Islam.
Beliau juga menggesa pelajar bukan Islam ini supaya untuk tidak merekod dan menyiarkan sebarang proses, dan mereka boleh mendaftarkan penukaran agama mereka dengan pihak berkuasa apabila mereka mencapai umur 18 tahun.
Dia juga ada menyatakan pelbagai cara yang boleh mereka lakukan untuk solat di rumah tanpa melakukannya secara senyap-senyap.
@brofirdauswong “Saya takut mati luar Islam” Budak form 3 form & form 4 ‘dm’ nak masuk Islam. Macam mana untuk bantu mereka? Soalan dari @Ustaz Adnin #islam #muslim #firdauswong #brofirdauswong #dakwah #multiracialrevertedmuslims #cinamuslim #chinesemuslim #mrm #quran #sunnah #nonmuslim #kafir #christian #hindu #buddha #taoism #chinese #sikhism #hinduism #christianity #yesus #kristus #yesuskristus #kristen #minatislam
Jadi, ia membuatkan Suthan M merasa terpanggil untuk menegur dan menemplak pendakwah tersebut atas tindakannya itu. Beliau turut menyeru agar Firdaus Wong dilarang memasuki mana-mana sekolah.
“Ustaz Firdaus Wong, you are definitely public enemy number one when it comes to multiracial harmony in Malaysia.”
“How can non Muslim parents keep quiet when you black ops attack our innocent underage children in public school?”
“You should know better as an Islamic scholar to keep your hands off 🤚🏼 from our underage kids.”
“Saya tegas (gesa) YB Fadhlina, Menteri Pendidikan perlu ban individu ini dari semua perkarangan sekolah nasional segera atau kami akan turun memprotes di Kementerian Pendidikan tidak lama lagi.”
@aku.stn Ustaz Firdaus Wong, you are definitely public enemy number one when it comes to multiracial harmony in Malaysia. How can non Muslim parents keep quiet when you black ops attack our innocent underage children in public school? You should know better as an Islamic scholar to keep your hands off 🤚🏼 from our underage kids. Saya tegas YB Fadhlina, Menteri Pendidikan perlu ban individu ini dari semua perkarangan sekolah nasional segera atau kami akan turun memprotes di Kementerian Pendidikan tidak lama lagi. Saya pesan dengan hormat kepada Ustaz: jangan cari publisiti murahan dengan mengapikan keharmonian kaum yang aman di Malaysia ini. #firdauswong #pmx #convertunderagekids #malaysia
Suthan M juga turut berpesan dengan Firdaus Wong agar tidak mencari publisiti murahan dengan mengapikan keharmonian kaum yang aman di Malaysia.