in

Filipina Wajibkan Penjawat Awam Untuk Senyum Semasa Berkerja Atau Dihukum!

collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penjawat awam boleh dikatakan ‘tulang belakang’ kepada kerajaan kerana mereka adalah antara yang berkhidmat untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan pengurusan negara.

Tapi korang tahu tak di negara Filipina sana, kerajaan mereka telah mewajibkan untuk semua penjawat awam di sana sentiasa senyum. Kalau tak, mereka boleh dikenakan tindakan! Dengar macam pelik kan?


 

Ramai complain tak friendly

Aristotle L Aguirre, datuk bandar perbandaran Mulanay di Quezon, telah merangka ‘dasar senyuman’ untuk menangani masalah yang berlaku dalam kalangan penjawat dimana mereka kurang senyum terhadap orang awam.

Menurut Yahoo! News, Polisi ini juga dirangka kerana kerajaan menerima banyak aduan daripada orang awam yang mengatakan penjawat awam kurang ramah.

1794

“Mana-mana penjawat awam yang melanggar aturan sedemikian akan dikenakan tindakan sewajarnya seperti tindakan tatatertib atau dilucutkan jawatan mengikut budi bicara pihak berkuasa.”

Namun, dasar ini hanya berkuatkuasa di Mulanay, Quezon dan akan dilaksanakan ke seluruh Filipina. Keputusan ini dibawah Akta Republik No. 6713 yang bertujuan menggalakkan standard etika dalam perkhidmatan awam.

Korang rasa patut tak dasar ni dibuat di Malaysia? Cuba kongsikan pandangan korang.

Baca: Suka Hati Letak Kapsyen Sabah Di Filipina, FB Page Ini ‘Diserang’ Rakyat Malaysia!

Screenshot 2022 07 13 at 12.31.47 PM



Sumber: The Guardian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.