in

Filem Terbitan Pixar, Buzz Lightyear Takkan Ditayangkan Di Pawagam Malaysia Sebab…

page buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang betul-betul layan filem terbitan dari Pixar ni, mesti takkan terlepas dengan siri animasi diorang kan? Memang terbayang terus childhood kita!

Kalau korang layan filem bersiri Toy Story, mesti sedia maklum dengan karakter utamanya iaitu Buzz. Tambah pula baru-baru ini Pixar telah mengumumkan akan menayangkan Lightyear bermula pada bulan ini.


Walau bagaimanapun, berita sedih terpaksa diterima oleh peminat di Malaysia kerana difahamkan filem itu tidak akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia yang mana tarikh asal tayangannya bermula pada 16 Jun ini.

“Ada unsur-unsur…”

Setakat ini masih lagi tiada kenyataan rasmi dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) berkenaan sebab utama filem itu tak ditayangkan di Malaysia namun ramai mengatakan ia adalah disebabkan terdapat beberapa babak yang berunsurkan homoseksual antara dua watak wanita.

nop

Tindakan LPF yang terkenal dengan pelarangan atau mengurangkan masa skrin filem daripada tayangan asal kerana memotong beberapa babak yang mendatangkan unsur homoseksual ini menguatkan lagi tekaan orang ramai.

Bukan itu je, difahamkan terdapat beberapa negara lain yang turut tak menayangkan filem tersebut atas sebab yang sama.

Menurut sumber, sebab lain filem Lightyear tak dapat ditayangkan kerana pihak Disney tak bersetuju dengan pemotongan babak asal dan menolak cadangan untuk menayangkan filem yang telah disunting.

Takpelah, kita sama-sama lah tengok balik Toy Story 1 sampai 5 tu okay? Baru lah rasa muda sikit. Hihi…

Baca: JAKIM Lancarkan Aplikasi Untuk Bantu Golongan LGBT Kembali Ke Fitrah

untitled 2 8

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.