Filem Malaysia yang berjudul ‘Abang Adik’ yang mengisahkan tentang dua orang adik beradik tanpa kewarganegaraan telah menempa nama dunia apabila filem arahan Jin Ong itu telah memenangi Anugerah Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 di Los Angeles, Amerika Syarikat semalam.
Memetik laporan Astro AWANI, pelakon utama filem tersebut iaitu Wu Kang-ren turut meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di festival filem itu.
Jin Ong’s directorial debut “Abang Adik” has won the Best Film award at the 10th Asian World Film Festival 2024 in Los Angeles, beating 15 other entries from Asia.
The film’s lead actor, Wu Kang-ren also received the Best Actor Award.
🧵1 https://t.co/HPkyZQygIj pic.twitter.com/1IKUxBf0Jn
— BFM News (@NewsBFM) November 22, 2024
Artikel Berkaitan: Wakil Tunggal Malaysia, Filem ‘Abang Adik’ Bakal Ke Anugerah Oscar
Artikel Berkaitan: “Selepas 20 tahun!” – ‘Princess Diaries 3’ Akan Diarahkan Oleh Pengarah Malaysia, Adele Lim!
Difahamkan, Anugerah Filem Terbaik itu diraih oleh filem ‘Abang Adik’ tersebut setelah filem berkenaan berjaya mengatasi pencalonan filem-filem dari negara-negara Asia yang lain.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi Facebook turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian filem Abang Adik yang memenangi dua anugerah berkenaan.
Aungerah yang dirangkul oleh filem ini sekali gus menunjukkan bahawa filem tempatan juga mempunyai potensi untuk menyerlah di persada antarabangsa.
Kalau korang belum tonton filem ini, boleh tengok dulu trailer filem ini sebelum tonton filem penuh di Netflix.
Sumber: Astro AWANI, Facebook FINAS