Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan setelah menyamar sebagai doktor perubatan di Hospital Serdang disahkan pernah mendapatkan rawatan psikiatri pada bulan Mac lalu.
Tak sambung rawatan psikiatri, fikiran terganggu
Pun begitu, remaja tersebut tidak meneruskan rawatan sehingga menyebabkan fikiran dan emosinya terganggu, kata Datuk Hussein Omar Khan, Ketua Polis Selangor.
Artikel berkaitan: “Nak bantu operation” – Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Doktor Hospital Direman, Ini Taktiknya..
Artikel berkaitan: “Kalau dah sakit, datang awal” – Wanita Terkilan Ditengking Doktor Klinik Kesihatan Sebab Datang Waktu ‘Lunch Hour’
Selain itu, remaja tersebut sudah tidak bersekolah dan pihak polis sedang mendapatkan rekod psikiatri daripada pihak hospital.
Kita akan dapatkan laporan penuh (rekod rawatan psikiatri) itu daripada pihak hospital. Kami juga difahamkan, remaja itu juga sudah meninggalkan alam persekolahan.
Susulan itu, remaja tersebut juga akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sesi kaunseling dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya.
Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat komen lanjut mengenai kecuaian pihak hospital atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kita masih bincang dengan pihak hospital terutama bagi mengetatkan prosedur keluar masuk ke hospital itu terutama di kawasan-kawasan sensitif.
Siasatan turut mendapati, remaja berkenaan yang mendakwa dirinya sebagai pegawai perubatan sudah keluar masuk ke kawasan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang dalam tempoh seminggu sebelum dikesan oleh pihak hospital.
Terdahulu, suspek ditahan bersama sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard milik hospital tersebut. Dia dikatakan mahu membantu pembedahan dalam dewan bedah.
Sumber: Kosmo!