Pada 6 Oktober lepas, EA Sports telah melancarkan permainan video mereka, FIFA 21. Seperti kebiasaan, pada setiap tahun permainan video ini akan mengeluarkan versi yang baharu, lengkap dengan rekod pemindahan pemain dan statistik buat setiap pemain.
Jika sebelum ini para ‘gamers’ Malaysia teruja untuk melihat statistik baharu pemain kegemaran mereka seperti Kylian Mbappe dan Lionel Messi, selepas ini pasti anda teruja dengan kemunculan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dalam FIFA 21.
Kemunculan Luqman Hakim dalam FIFA 21 pastinya akan membuat rakyat Malaysia berpusu-pusu membeli permainan video ini. Ayuh kita lihat statistik penyerang KV Kortrijk ini di dalam FIFA 21!
Bermula dengan purata keseluruhan sebanyak 56, Luqman mempunyai potensi maksimum sebanyak 75 jika digunakan secara betul oleh pemain. Statistik ini mungkin kelihatan rendah bagi anda, namun ini adalah cukup memuaskan buat pemain yang berumur 18 tahun dan berasal daripada Asia Tenggara.
Malah, ini adalah musim pertama Luqman di liga Eropah, jadi wajarlah statistik yang diberikan agak rendah daripada yang disangka.
Apa yang mengejutkan penulis adalah statistik ‘Balance’ Luqman yang berjumlah 85. Sangat tinggi dan pastinya menjadi masalah buat pemain lawan di dalam permainan video. Kebiasaannya, pemain yang sedikit rendah akan mempunyai statistik ‘Balance’ yang tinggi.
Bukan itu sahaja, jumlah ‘Acceleration’ dan ‘Agility’ Luqman juga sangat membanggakan, dengan jumlah 75 dan 80. Berdasarkan statistik ini, Luqman pastinya sesuai digunakan untuk ‘dribbling’ dan membawa bola ke arah pihak lawan.
Untuk rekod, Nazmi Faiz Mansor juga pernah muncul dalam FIFA 13 dan Pro Evolution Soccer (PES) 2013 selepas dia bermain untuk kelab Portugal, SC Beira-Mar.
Tunggu apa lagi? Cepat korek tabung dan beli FIFA 21 sekarang!
Sumber: SOFIFA
BACA: Kacak Dan Popular, Netizen Pesan Agar Luqman Hakim Tidak Bercinta Dengan Artis