Baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial menunjukkan seorang penghantar makanan nampak seakan-akan anggota polis trafik disebabkan corak pada seluar yang dipakai. Gambar itu dimuat naik oleh seorang individu dengan caption ‘Buat part time kah?’ dan telah tular di Facebook.
Bagaimanapun, selepas gambar tersebut viral Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dalam satu kenyataan semalam menafikan bahawa individu di dalam gambar tersebut adalah anggota trafik dari IPD tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng gambar yang tular itu bukanlah anggota polis yang membuat kerja sambilan sebagai ‘rider’ FoodPanda. Namun, sebenarnya dia sememangnya pekerja penghantar makanan dan individu itu sendiri telah hadir ke IPD Kluang utnuk mengesahkan gambar dirinya ditularkan di Facebook.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1369617372437311489
Kekeliruan tercetus dek kerana corak berwarna putih pada seluar yang dipakai lelaki itu yang nampak seakan sama dengan seluar anggota polis trafik.
Susulan itu beliau menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sesuatu secara melulu kerana boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan perkara yang tidak disahkan benar sebelum menyemak perkara berkenaan daripada ditularkan.”
Baca: Viral Gambar Motosikal ‘Terbang’ Atas Peti Surat, Rupanya Ada Kisah Disebaliknya