Jika anda biasa melayari media sosial, pasti anda pernah melihat pencipta konten di Indonesia menemu ramah remaja-remaja di sana berkenaan topik cinta dan fesyen.
Terutama sekali ketika Citayam Fashion Week menjadi tular dan menjadi ikutan warga di sana, pelbagai jenis gaya pakaian dan fesyen yang dapat kita lihat. Situasi ini membuatkan ramai warganet Malaysia beranggapan fesyen remaja negara seberang adalah lain daripada yang lain dan ‘next level’.
Remaja dengan gaya ninja
Menerusi satu video yang tular baru-baru ini, seorang individu bernama Andy Tumere ada menemu bual sebuah pasangan remaja berkenaan cara pertemuan dan kisah cinta mereka. Apa yang menarik perhatian ramai bukanlah kisah cinta mereka, tetapi gaya yang diperagakan.
Remaja lelaki di dalam video tersebut ternyata mencuri perhatian warganet apabila dia memperagakan gaya seperti seorang ninja – dengan memakai topeng muka dan jaket labuh.
Video tersebut turut memperlihatkan pencipta konten bertanyakan latar belakang remaja tersebut. Apabila ditanya berkenaan cita-cita remaja lelaki bergaya ninja itu, remaja itu berkata dia hanya mahu membahagiakan pasangannya itu dengan nada yang bersahaja.
@andy_tumere Cowo Bumi dapat cewe Cindo
Pernah disangka pencuri oleh ibu kekasih
Andy turut sempat bertanyakan kepada remaja wanita itu berkenaan restu ibu bapa kepada pasangannya itu.
Jelas remaja wanita itu, remaja lelaki bergaya ninja tersebut sudahpun berjumpa dengan ibunya beberapa hari lalu. Bagaimanapun, pertemuan itu tidak seindah seperti yang disangka apabila ibunya menyangka lelaki itu ialah seorang perompak.
Untuk rekod, ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudahpun mencecah 6 juta jumlah tontonan.
BACA: Siap Ada Patung Merlion Palsu! Netizen Terkejut Lihat Ada ‘Mini Singapura’ Di Medan, Indonesia