in

“Festival of lights” – Ketahui Sejarah ‘Deepavali’, Perayaan Terbesar Disambut Oleh Masyarakat Hindu Di Seluruh Dunia!

Cats12 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia adalah antara negara yang paling banyak cuti umum dalam dunia! Sebabnya, kita mempunyai kepelbagaian bangsa dan setiap dari mereka mempunyai perayaan unik masing-masing seperti, Hari Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan juga sambutan Thaipusam.

Tapi, untuk artikel kali ni min nak cerita pada korang mengenai perayaan Deepavali yang diraikan oleh kaum India. Memandangkan sambutan itu makin dekat, apa kata kita belajar pasal sejarah dan asal usul perayaan ini.


Sejarah Deepavali

Deep1

Nama ‘Deepavali’ diambil daripada dua perkataan Tamil yang digabungkan iaitu dipa dan avali. Menurut bahasa Sanskrit, dipa membawa maksud ‘cahaya’ atau ‘lampu’ manakala avali pula bermaksud ‘deretan’ atau ‘garisan’. Jadi, bila dicantumkan, ia menjadi dipawali iaitu ‘deretan cahaya’ yang menggambarkan perjalanan ke arah cahaya.

Artikel berkaitan: AirAsia Buat Promo ‘KawKaw’ Sempena Deepavali, Kaki Travel Apa Tunggu Lagi!

Perayaan ini disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia bagi menandakan kemenangan yang diperoleh kuasa kebaikan dalam menentang kuasa kejahatan. Simboliknya, ia diertikan sebagai cahaya yang menerangi kegelapan.

Pada masa yang sama, ia bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam diri untuk menjadi individu yang lebih baik. Selain itu, ia juga menggalakkan diri untuk melawan sifat negatif demi menjaga perkembangan rohani.

Kisah berkaitan Deepavali

D1

Dikatakan, sambutan Deepavali yang penuh dengan cahaya ini berasal dari sebuah epik teragung dari India iaitu kitab suci Ramayana yang ditulis oleh seorang pemuisi legenda, Valmiki.

Menurut kitab itu, ada satu hikayat yang menceritakan tentang dewa bernama Maharaja Rama yang memerintah negeri Ayodhya bersama ratunya, Maharani Sita.

Kisahnya bermula apabila Lakshmana, adinda kepada Rama kembali ke negeri itu selepas 14 tahun hidup menjadi orang buangan. Akan tetapi, kepulangan Lakshmana disusuli dengan satu perang hebat di mana Maharaja Rama bertempur dengan raja raksasa Ravana yang menculik ratunya.

Dalam peperangan itu, Rama dibantu oleh raja monyet, Hanuman yang mempunyai kekuatan dan kesaktian luar biasa. Mereka berdua sama-sama berperang dengan musuh dalam perjalanan mencari Maharani Sita.

Akhirnya, Rama berjaya menyelamatkan ratunya lalu terus bergerak pulang ke Ayodhya. Akan tetapi, dalam perjalanan pulang, maharaja itu menghadapi kesukaran kerana pada ketika itu merupakan hari di mana kegelapan berada pada tahap paling tinggi.

Artikel berkaitan: 7 Budaya Unik Masyarakat India Yang Korang Mungkin Tak Tahu

Disebabkan itu, masyarakat Hindu telah menyalakan lampu dan pelita di sepanjang jalan untuk menerangi laluan Rama dan isterinya ke negeri mereka yang juga menggambarkan maksud Deepavali itu sendiri iaitu festival cahaya.

Menariknya, perayaan ini disambut sehari awal di India Selatan kerana mengikut hikayat itu, Maharaja Rama merentasi bahagian selatan terlebih dahulu ke kerajaannya yang berada di India Utara.

Deepavali di Malaysia

De

Perayaan Deepavali ini mungkin agak berbeza mengikut tempat. Kalau di Malaysia, ia disambut pada bulan ketujuh suria Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.

Pada pagi hari, penganut Hindu akan mandi dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan sebagai tanda penyucian. Selepas itu, mereka akan bersembahyang bersama keluarga di rumah sebelum memakai pakaian tradisional baru mereka. Mulanya, mereka mengunjungi kuil dahulu sebelum ke rumah sanak saudara dan sahabat handai.

Bukan itu saja, mereka juga akan menghiasi rumah dengan pelita kecil yang dikenali sebagai ‘diya‘ ketika perayaan. Pada masa yang sama, mereka juga akan membuat ‘kolam’ di hadapan pintu masuk rumah yang cantik dan berwarna-warni.

‘Kolam’ ini bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan, malah membawa maksud kerohanian dan sosial. Dipercayai dewi Lakshmi iaitu Dewi Kekayaan dalam agama Hindu akan mengunjungi rumah yang terdapat ‘kolam’ ini.

Selamat menyambut Hari Deepavali!

Sumber: Wikipedia, UtusanTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.