in

Festival Layang-layang Dihentikan Lepas Kanak-kanak 3 Tahun Terbelit Tali Sampai Terangkat Ke Udara

melayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu festival layang-layang di Taipei dihentikan serta merta selepas seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun terbelit tali layang-layang sehingga terangkat beberapa meter ke udara.

Menurut Berita Harian, kanak-kanak itu ada mengambil bahagian dalam festival layang-layang yang berlangsung  di bandar tepi laut, Nanliao, semalam, sebelum terperangkap pada layang-layang gergasi berwarna oren.


Rakaman video berdurasi 9 saat di lokasi kejadian itu  menunjukkan kanak-kanak terbabit berpusing beberapa kali di udara sambil disaksikan kumpulan orang dewasa yang berkerumun, difahamkan pada waktu itu ia sebenarnya mengambil masa selama kira-kira setengah minit sebelum ‘mendarat’ semula ke tanah dengan tangan terentang.

Kanak-kanak tersebut dipercayai dalam ketakutan selepas insiden tersebut, namun begitu dia tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dalam insiden berkenaan. Selepas kejadian itu, pihak berkuasa di Hsinchu menghentikan festival layang-layang tersebut.

Malah, datuk bandar di kota itu telah meminta maaf atas kejadian tersebut. Dia juga berjanji akan meminta pasukan untuk menyiasat masalah tersebut untuk memastikannya tidak berulang lagi di masa depan. Lapor WORLD OFF BUZZ.

 

Baca : Degil Tak Hirau SOP! Warga Asing Dilihat Masih ‘Membanjiri’ Kawasan Pasar Borong Selayang!

pasar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.