in

Fazura Didakwa Langgar Perintah Mahkamah? Ini Kenyataan Peguam Fattah Amin

Fazura Langgar Perjanjian Menghina Mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas sah bercerai talak satu, Fazura dilihat mendedahkan beberapa perkara tentang punca rumah tangga bergolak dan tanggungjawab Fattah Amin sebagai seorang suami.

Fattah yang terkejut dengan pendedahan itu bagaimanapun menafikan semua dakwaan yang dikatakan Fazura.


Difahamkan, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian iaitu bersepakat untuk menjaga aib, tidak memburukkan selain menyebarkan fitnah antara satu sama lain selepas perceraian.

Artikel berkaitan: “Saya sediakan tempat tinggal, makan minum” – Fazura Dedah Sikap Fattah Sepanjang Jadi Suami Isteri

Artikel berkaitan: “Saya nafikan semua itu” – Fattah Amin Kesal Fazura Buka Aib

Menurut peguam syarie yang mewakili aktor itu, Zulkifli Che Yong berkata sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian, pihak tersebut boleh dikenakan perintah menghina mahkamah.

Menurutnya, ini disebabkan mahkamah telah merekodkan persetujuan sebagai suatu perintah, yang mana ia tidak didedahkan secara terperinci kepada umum.

“Jika berlaku pelanggaran perjanjian, maka pihak itu didapati tidak menghormati atau gagal mematuhi peruntukan.

“Mangsa dalam kes ini, boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah dan jika dibenarkan, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan, mengapa seseorang itu tidak patut dipenjara kerana melanggar perintah yang dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli memaklumkan dia sentiasa menasihati Fattah sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan tidak melanggar perjanjian yang sudah dipersetujui bersama.

Susulan itu, Zulkifli berkata, pihaknya akan menilai terlebih dahulu segala kenyataan atau dakwaan dikeluarkan bekas isteri anak guamnya sebelum mengambil sebarang tindakan.

Sumber: Astro Awani, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.