Ketika masih lagi hangat diperkatakan mengenai kes perceraian selebriti tanah air Fattah Amin dan Fazura, dilaporkan kedua-dua bekas pasangan ini bakal melancarkan lagu duet baharu berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.
Perkara tersebut dikongsi menerusi Instagram syarikat rakaman hits_records apabila memuat naik teaser lagu berkenaan yang akan dilancarkan pada 10 Oktober 2024 di beberapa platfrom muzik.
Dalam perkongsian tersebut, lagu berkenaan adalah duet bersama Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin yang dipercayai kolaborasi antara syarikat milik selebriti wanita itu dengan syarikat dari Indonesia.
Artikel berkaitan: Fattah Didakwa Curang, Fazura Dedah 3 Sebab Punca Bercerai Dengan Suami
Artikel berkaitan: “Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius”- Fattah Amin
Difahamkan, lagu yang mendapat sentuhan komposer Ippo Hafiz itu sudah lama dirakam oleh dua selebriti tersebut ketika mereka masih berstatus suami isteri.
View this post on Instagram
Susulan hantaran tersebut, pelbagai reaksi diluahkan netizen apabila ada segelintir yang merasakan kurang sesuai untuk melancarkan lagu itu pada waktu ini ekoran sedang hangat isu rumah tangga selebriti terbabit.
Malah, ada yang mendakwa syarikat terbabit sengaja memuat naik teaser berkenaan namun disangkal beberapa pihak.
Pada Isnin, Nur Fazura Sharifuddin telah sah bercerai talak satu dengan Abdul Fattah Amin, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Mungkin ada alasan tersendiri kenapa syarikat rakaman lancar lagu tersebut ketika ini.
Sumber: Instagram