in

Fattah Amin Dilantik Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western, Netizen Ucap Tahniah!

Syaz Ft 2024 11 20T153315.538

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Fattah Amin dilihat melakukan sesi live di TikTok bersama jenama makanan sejuk beku tempatan, Pak Mat Western.

Pelakon filem Pendekar Awang itu turut menjadi bualan ramai apabila dia menginfakkan komisen jualannya ketika sesi live itu.


Artikel berkaitan: Isu Ejen Kongsi Fattah Amin Tukar Penama Hibah Didakwa Dedah Info Sulit, Ini Respon Pempengaruh Takaful, Papayen

Artikel berkaitan: “Untuk agihkan pada Fatimah” –  Fattah Amin Ubah Penama Hibah Takaful Kepada Ibunya

Terbaru, sebuah kenyataan dari Nur Qaiyum Muhamad yang merupakan Pengarah Urusan Pak Mat Western mengejutkan ramai di mana, Fattah kini dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran bagi jenama itu.

Dalam pengumuman itu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fatah Mohd Amin difahamkan akan merancang dan melaksanakan pembangunan, perkembangan serta kemajuan strategi jualan dan pemasaran usahawan melalui media massa serta media sosial Pak Mat Western.

“Sebarang makluman mahu pun penambahbaikan pengurusan akan diterang jelas kepada usahawan dari masa ke semasa mengikut strategi dan pemasaran baharu.

Saya berharap pelantikan ini dapat memberi satu pembaharuan perniagaan yang lebih efektif dan efisyen dalam pembangunan usahawan kini,” tulisnya.

“Rezeki di sebalik ujian” 

Pengumuman itu menerima ucapan tahniah daripada netizen serta ramai yang mengucapkan semoga berjaya kepada pelakon itu.

Cats 19

Wah, semoga maju jaya Fattah!

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.