in

“Fatima sepanjang 4 tahun tak pernah merasa duit raya” – Fazura

Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tujuh tahun perkahwinan, pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya sah bercerai talak satu.

Fazura yang ditemui media selepas prosiding perceraian itu mendedahkan punca-punca dia memfailkan perceraian terhadap suaminya.


Artikel berkaitan: Fattah Didakwa Curang, Fazura Dedah 3 Sebab Punca Bercerai Dengan Suami

Artikel berkaitan: “Saya nafikan semua itu” – Fattah Amin Kesal Fazura Buka Aib

Fazura dengan linangan air mata mendakwa sepanjang 4 tahun usia Nur Fatima Aisya, anaknya itu tidak pernah merasa duit raya daripada Fattah walaupun pelakon terbabit mempunyai pendapatan lumayan.

“Sejujurnya di sini saya pun sedih sebab Fatima sepanjang 4 tahun tak pernah merasa duit raya ayahnya.

“Saya sendiri kahwin dengan Fattah tak pernah pun merasa sekali duit raya yang diberikan oleh Fattah,” ujarnya.

Fazura mendedahkan perkara itu selepas ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap anaknya jika perpisahan berlaku.

Jelas Fazura, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memisahkan Fatima dengan bapanya namun terpaksa kerana mahu menjaga mental anaknya.

“Saya nak tanya Fattah, kalau suatu hari nanti pasangan Fatima buat seperti mana yang dibuat kepada saya, adakah dia bersetuju untuk teruskan apa yang dia buat kepada saya?” soal Fazura.

Dalam pada itu, Fazura mendedahkan dia sudah banyak berkorban wang ringgit demi menjaga kebajikan Fattah dan anak mereka.

Namun, katanya dia kecewa apabila semua pengorbanan dibuat disia-siakan dan tidak dihargai oleh suami sendiri.

Sumber: X, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.