Bila ada sahaja isu panas yang sedang hangat diperkatakan di media sosial, pastinya nama Caprice akan menjadi sebutan kerana kerap membincangkan pelbagai isu semasa di podcast miliknya.
Terbaharu kali ini, Caprice telah memuat naik video teaser memaparkan dia mengadakan sesi podcast dengan Fathia namun secara panggilan video.
Artikel berkaitan: “Trigger penyakit” – Netizen Dituduh Jadi Punca Fathia Latiff Mengamuk, Petik Nama Zahirah MacWilson Ketika Live
Artikel berkaitan: “Gaduh behind camera ok” – Azhar Sulaiman Tegur Fathia Latiff & Zarina, Minta Jangan Gaduh Secara Terbuka
“Dia selebriti, saya boleh post (gambar) dia kalau saya nak”
Menerusi posting itu, Caprice menjelaskan bahawa sepatutnya dia membuat sesi podcast itu bersama Fathia dan tetamu lain.
Namun, Fathia dikatakan tidak sempat untuk singgah di studio miliknya kerana bakal berlepas ke Tokyo. Sebelum menaiki pesawat, Fathia sempat membuat panggilan video dengan Caprice untuk membincangkan isu yang sedang membelenggu dirinya kini.
View this post on Instagram
Menerusi teaser tersebut, Fathia menafikan bahawa dia mengganggu rumah tangga Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson gara-gara memuat naik gambar bekas teman lelakinya itu di Instagram.
Katanya lagi, dia punya hak untuk memuat naik gambar itu kerana Aiman seorang selebriti dan gambarnya sering digunakan oleh mana-mana peminat.
Dia pernah jadi sebahagian dari hidup saya. Kami pernah bersama selama 5 tahun.
“Saya tak rasa ia salah pun untuk saya memuat naik tentang seseorang yang pernah mengisi ruang hati saya buat masa sekarang,” kata Fathia.
Bila ditanya sama ada Fathia sebenarnya belum move on dengan hubungan cintanya bersama Aiman, dia kelihatan agak teragak-agak sebelum mengaku dia menyimpan rasa dendam terhadap bekas teman lelakinya itu.
Saya dah move on. Kalau saya tak move on… saya mungkin takkan post gambarnya, kan?
“Tak.. saya tak move on sebab saya ada simpan dendam dengan dia,” katanya.
Fathia kemudian memberitahu yang dia sudah tidak cintakan Aiman lagi namun tetap menyimpan rasa dendam terhadap lelaki itu meskipun kisah mereka sudah berakhir 8 tahun dahulu.
Video berkenaan telah mendapat komen daripada netizen yang mana rata-rata meminta Caprice untuk membantu Fathia mendapatkan bantuan dari psikologi kerana bimbang melihat cara dia menjawab soalan tersebut.
Dalam pada itu, Caprice memaklumkan bahawa episod penuh podcast ini akan disiarkan pada jam 9 malam ini.
So kalau korang nak tau lebih lanjut apa yang Fathia katakan, bolehlah tengok di Youtube Caprice.
Sumber: Instagram