Beberapa hari yang lalu, tempahan slot atau booking terhadap suntikan vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada orang ramai dan ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini.
Sambutan yang cukup menggalakkan ditunjuk oleh rakyat Malaysia apabila dalam masa beberapa jam saja, slot itu telah diisi penuh dan perkara itu dinyatakan di akaun Twitter Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Khairy Jamaludin.
All AZ slots are fully booked. My apologies for the initial glitch and multiple refreshes 🙏🏾. You can still click on the grey boxes to put yourself on a wait list for next couple of hours. We will start pushing appts to your MySj or sms soon. pic.twitter.com/aBKwCsIRUu
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 2, 2021
Ada fasa dua….. Untuk orang luar Lembah Klang
Dalam postingnya semalam, beliau memberitahu bahawa pemberian vaksin AstraZeneca fasa dua akan menyusul dan akan lebih ramai golongan berusia yang mendapat vaksin tersebut.
Tambahnya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) akan memberitahu lebih lanjut perincian terhadap perkara itu.
Selain itu, beberapa kawasan baru bagi pemberian vaksin yang terletak luar dari Lembah Klang akan diberitahu pada minggu depan.
While much attention has been given to the opt-in AZ track under PICK, phase two is well underway with more seniors receiving their appointments. @JKJAVMY will be announcing details for another AZ opt-in window & new PPVAZ locations outside of Klang Valley next week. https://t.co/10ovTyw9GO
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 6, 2021
Sama-sama kita doa supaya usaha ini dapat mengekang penularan wabak Covid-19 ni dengan lebih berleluasa. Rindunya suasana sebelum ada Covid ni dulu hmmm.
Sumber : Twitter
Baca : 268,000 Dos Vaksin AstraZeneca Untuk Penduduk Selangor & KL, Pendaftaran Mulai Esok