Pelakon Farid Kamil berpendirian tetap untuk tidak menceraikan isterinya, Diana Danielle. Dia melantik peguamnya sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk kes itu.
Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, proses JKP akan berlangsung di pejabat agama sebelum tarikh laporan kedua-dua belah pihak mengenainya disebut pada 24 Mac depan.
Artikel berkaitan : “Kalau susah, sepatutnya beritahu saya” – David Teo Sanggup Beli Rumah Farid Kamil Jika Tahu Lebih Awal
Artikel berkaitan : “Tindakan dia amat memualkan” – Diana Danielle Kesal Farid Kamil Enggan Bercerai
“Bagi pihak Farid kita melantik peguam sebagai wakilnya dan proses JKP akan diadakan di pejabat agama selain tarikh keputusan masih sama iaitu 24 Mac 2025.”
“Jika kedua-dua mereka ingin berbincang untuk berdamai atau berbaik semula memang tiada masalah memandangkan pasangan ini masih lagi suami isteri.”
“Apa-apa pun kita tunggu sahaja proses seperti mana diarahkan oleh mahkamah.”
Sementara itu, selain enggan ‘melepaskan’ isterinya, Farid berharap dapat mencari jalan penyelesaian terbaik menerusi proses JKP.
“Saya mengharapkan doa yang terbaik untuk masa depan. Saya hanya perlukan doa yang baik-baik dan pendirian masih kekal.”
Sebagai rujukan, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka rujuk semula selepas 21 hari berpisah. Namun begitu, dia memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November tahun lalu.
Sumber : mStar Online