Anugerah Tuhan tiada yang tidak sempurna sebab ciptaan Yang Maha Esa itu semuanya cantik aturannya. Kali ini, admin nak kongsikan tentang keistimewaan seorang gadis Indonesia yang mempunyai 24 jari, lapor Suara.com.
Difahamkan, gadis yang dikenali sebagai Vio itu mengalami sindrom polidaktili iaitu jumlah jari tangan dan kaki yang lebih banyak daripada normal. Vio mula dikenali ramai selepas berkongsikan perkara itu di TikToknya, @woiguavio.
Gadis ini mempunyai enam jari di tangan kanan dan enam jari di tangan kiri. Berikutan jari keenam di tangan kanannya sangat kecil, ada juga netizen yang bertanya adakah jari itu akan tercabut jika ditarik.
Namun, menurut Vio, jari tersebut tak akan putus walaupun tersangkut atau ditarik. Selain itu, dia juga berkongsi pengalaman lucu dengan jarinya itu ketika sedang makan. Tiba-tiba, ada kucing cuba untuk menggigit jari tersebut.
https://www.tiktok.com/@woiguavio/video/6936511488790203650?_d=secCgYIASAHKAESMgowvFgQS4XKabmUIxKdB4KgOfyhHMQTZNGd7eulp5LpRFLvGHzqwE5B1LRS%2FlfpI1y5GgA%3D&language=en&mid=6936511470188382978&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA9uEog22maQ8tVSunMNl3htRVhLM9MD6rooLMeFy_GLUGMcvt8IA4vDofxjpAI4Bt&share_item_id=6936511488790203650&share_link_id=91556628-BAD4-4666-8A45-77E4218AC392×tamp=1615695242&tt_from=more&u_code=dcl39e6jjj9f7j&user_id=6835598812905260033&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=more&source=h5_t&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Nasib baik kucing tu tak gigit kuat sangat dan tiada sebarang kecederaan pada jari istimewa itu.
Gadis ini juga mengatakan dia sering berdepan dengan masalah setiap kali ingin membeli kasut sebab saiz kaki depannya yang lebar.
Ketika zaman kanak-kanak, dia mengakui sering dibuli dengan kata-kata negatif. Ada yang pernah memanggilnya alien dan si jari enam namun setelah meningkat dewasa, dia dah tak peduli dengan tohmahan orang.
Rata-rata netizen di TikTok turut memberi kata-kata semangat buat gadis ini.