Satu hantaran tular di Facebook di mana seorang pemilik kereta berkongsi keretanya ditendang serta diludah orang tidak dikenali ketika kereta tersebut diletakkan di tempat parkir.
Individu itu dilihat berjalan bersama dua individu lain dipercayai ahli keluarganya, tindakan janggalnya itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) parkir tersebut serta dashcam kereta jenis Tesla itu.
Artikel berkaitan: Penjaga Parkir Dikatakan Mirip Penyanyi Bruno Mars Jadi Perhatian
Artikel berkaitan: Wanita Selamba Buang Air Kecil Di Kawasan Parkir Bukit Indah, Guna Pintu Kereta Sebagai ‘Penghadang’
Lebih menghairankan, tindakan lelaki tersebut tidak dihiraukan atau ditegur oleh ahli keluarganya sebaliknya sebaliknya mereka hanya tertawa melihat tindakan lelaki itu.
“Rakaman CCTV keluarga yang menendang kereta saya di Nexus Bangsar South pada 8/9/2024. Dia juga meludah pada kereta saya di penghujung video. Plat keretanya ialah V***, sangat memalukan keluarga ini.
Saya melaporkan kepada polis pada hari yang sama tetapi disebabkan tiada kerosakan fizikal, mereka membenarkan saya membuat laporan tetapi tidak akan membuka fail,” tulisnya.
Hantaran oleh pengguna Facebook Ty Tai itu mendapat perhatian ramai, dalam ruangan komen ramai yang mengatakan tindakan individu tersebut tidak wajar dan sangat biadab.
Dalam pada itu, pengguna Facebook itu juga mengeluarkan kenyataan di mana dia akan memadam hantaran tersebut hanya jika pelaku itu membuat permohonan maaf.
Sumber: Facebook