Penyanyi Ernie Zakri menyangkal khabar yang mengatakan dia bakal menjayakan konsert bersama beberapa barisan penyanyi lain dalam sebuah acara yang bertempat di Kuala Selangor hujung minggu ini.
Ia selepas ada peminatnya yang meluahkan rasa teruja sambil kongsikan poster tersebut dan menyatakan hasrat untuk ke lokasi yang dimaklumkan demi menonton Ernie melakukan persembahan.
Artikel berkaitan : Universal Music Beri Penjelasan Isu Ernie Zakri Tak Nyanyi Lagu ‘Astana’ Untuk SFMM
Artikel berkaitan : “Dengar almari kena hempas!” – Ernie Zakri Kongsi ‘Diganggu’ Ketika Bermalam Di Hotel
Jadi, penyanyi lagu Masing Masing ini tampil menyatakan bahawa dia sama sekali tidak terlibat dalam acara tersebut menerusi platform X miliknya.
Saya tak perform, tidak terlibat dengan mana mana konsert sabtu & ahad ni. Sabtu ada BRTM FINAL. Fake poster ke tuuuuuu https://t.co/5we9d2iVIU
— Ernie (@ErnieZakri) February 23, 2024
Jelas Ernie lagi, aktiviti hujung minggunya hanya akan berada di BRTM (Bintang RTM) sahaja dan poster tersebut adalah palsu.
Difahamkan penyanyi Baby Shima juga ada tampil menafikan bahawa dirinya juga terlibat untuk menjayakan acara tersebut.
Susulan itu, penganjur acara tersebut tampil memberikan respon berkenaan dengan keralatan atas kesilapan maklumat yang netizen terima.
Dalam poster sebenar, dilihat hanya beberapa orang artis yang terlibat iaitu Yonnyboii, Iera Milpan, Zynakal, Floor 88, Kmy Kmo, Reedzwann, Luca Sickta dan Orkes A Hizadin pada 24 Februari 2024.
View this post on Instagram
Bagaimanapun masih belum dapat dikenalpasti kesalahan maklumat itu berpunca daripada pihak mana.
Nasib dapat respon awal, kalau dah berlangsung mesti ramai yang bengang.