in

Fahmi Reza Dihalau Masa Buat Kelas Demokrasi Di IPT, Ini Respon Maszlee Malik

Ft Fahmi Reza Dihalau 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, dilihat tular rakaman pereka grafik dan aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin dihalau ketika menjalankan kelas demokrasi di beberapa buah Institut Pendidikan Tinggi(IPT).

Sinar Harian ada melaporkan bahawa salah satu IPT telah tampil memberikan kenyataan yang mereka tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak Fahmi.


 

Kelas Demokasri Fahmi Reza

 

Ajar dekat kaki lima, kedai mamak

Disebabkan sekatan itu, Fahmi Reza bertekad untuk meneruskan kelasnya itu di restoran mamak dan Malaysia Gazette menyatakan bahawa kawasan mamak tersebut lokasinya tidak jauh daripada kampus di Penang itu.

Malah ada pelajar yang mengikuti kelas tersebut menyatakan bahawa mereka sampai terpaksa berpindah tempat sebanyak 3 kali. Yang sampai 5 kali pun ada tau!

Screenshot 2022 11 14 112718

Screenshot 2022 11 14 113106

Ada netizen yang menyertai kelas tersebut menyifatkan bahawa Kelas Demokrasi itu tidak melibatkan mana-mana parti politik dan mereka sifatkan cara pembelajaran yang diberikan oleh Fahmi Reza sangat ringkas tapi padat, mudah difahami.

 

Bakal buka pintu luas buat Fahmi jika PH menang – Maszlee

Terpanggil dengan isu tersebut, bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tampil memberikan respon dan menyatakan bahawa beliau terkilan dengan pihak universiti terhadap apa yang terjadi kepada Fahmi yang dihalau dari universiti ke universiti lain.

“Beliau bukanlah mewakili mana-mana parti politik dan bersikap begitu kritikal terhadap mana-mana parti politik. Beliau juga jujur dalam mendidik masyarakat dengan kesedaran terhadap politik dan demokrasi, ini yang kita perlukan.”

“Saya pelik kerana pada pindaan AUKU pada tahun 2018, kita telah membenarkan segala aktiviti politik berlaku di dalam kampus dan untuk para pelajar yang sudah matang.”

Beliau juga turut kecewa kerana apa yang dilakukan oleh pihak univerisiti ini telah memecahkan dan merendahkan tahap minda dan intelektual siswa dalam politik.

“Apa yang sudara Fahmi (lakukan) adalah pendidikan politik yang neutral, bebas parti, jadi kita kecewa kerana usaha ini hanya akan memecahkan dan bonsaikan minda para siswa dan merendahkan tahap intelektual mereka.”

Memandangkan kini sedang musim berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang bakal tiba dalam masa beberapa hari lagi, Maszlee Malik berjanji kepada Fahmi Reza akan berikan lampu hijau kepadanya jika Pakatan Harapan menang.

“Tekad kita sebagai Pakatan Harapan jika kita menang nanti kita akan buka seluas-luasnya pintu untuk pendidikan politik kepada Fahmi dan seumpamanya, kita tidak pilih bulu, kita tahu Fahmi juga kritikal terhadap PH.”

“Tapi, kita terima kerana itu merupakan hak beliau sebagai seorang warga dan kita hargai komitmen beliau untuk mendidik rakyat dengan pendidikan demokrasi, jadi kita akan buka seluasnya pintu buat beliau selepas kita kembali ke Kementerian Pendidikan.”

Baca : Gara-Gara ‘Upload’ Lukisan Satira Beruk Pakai Tengkolok, Fahmi Reza Kini Ditahan Polis

Fahmi Reza Kini Ditahan Polis

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.