in

Fahmi Fadzil Beri Sebab Kenapa Pengendali Era FM Dikompaun Tinggi Berbanding Kes Harith & Cecelia

pengendali era fm dikenakan kompaun tinggi fahmi fadzil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap tiga penyampai radio Era FM, Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin Amir Effendy berhubung kontroversi yang terpalit atas mereka, baru-baru ini.

Jelasnya, trio penyampai radio itu sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.


“Saya percaya (keadaan ini) memang mendatangkan kesan yang negatif, termasuk kepada mereka.

“Jadi saya minta mereka bersabar, tenang dalam menghadapi dugaan besar ini. Dan saya juga memaklumkan kepada mereka bahawa kita tidak berhasrat untuk mengambil apa-apa tindakan kepada mereka, they have have gone through enough.”

Artikel berkaitan: Lesen Pengendali Stesen Radio ERA FM Tidak Digantung, Syarikat Dikenakan Kompaun RM250,000

3041548

Kompaun bukan kepada Era FM, tapi syarikat pengendalinya

Dalam pada itu, Fahmi menjelaskan bahawa kompaun RM250,000 yang dikenakan bukan kepada Era FM, tetapi kepada Maestra Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (MBNS).

MBNS bukan individu tapi adalah sebuah anak syarikat milik Astro yang mempunyai keuntungan besar.

“Kompaun RM250,000 terhadap MBNS diberi izin oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berpandukan kepada beberapa faktor, termasuk pindaan Akta 588 yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu.”

Tegasnya, pindaan ini menyebabkan denda maksimum mahkamah meningkat kepada RM500,000.

Isu kompaun Harith Iskander dan Cecilia Yap

Susulan laporan kompaun yang dikenakan MBNS, ada beberapa pihak yang melihat tindakan tersebut seolah-olah terlalu tinggi berbanding kompaun yang dikenakan terhadap pihak lain yang turut memuat naik kandungan sensitif sehingga menyentuh kesucian Islam.

“Itu adalah di bawah Kanun Keseksaan, undang-undang yang berbeza dan dia tidak melibatkan kandungan dalam talian atau pun pemegang lesen MCMC,” jelasnya.

Manakala Harith Iskander dan Cecilia Yap dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 setiap seorang kerana mereka adalah individu dan bukan sebuah syarikat.

Jelasnya, jumlah itu dikatakan rendah kerana mereka melakukan kesalahan sebelum 11 Februari, yang mana denda maksimum ketika itu masih RM50,000.

Sumber: Sinar Harian, X

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.