in

Exco Pelancongan Selangor Syor Adakan Ujian Air Kencing Sebelum Masuk Konsert

syaz ft 2025 01 06T155823.244

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian empat individu di sebuah konsert ambang tahun baru yang diadakan di Selangor baru-baru ini menimbulkan pelbagai kerisauan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata saringan ujian air kencing antara syor prosedur operasi standard (SOP) boleh dilakukan kepada para pengunjung konsert.


Artikel berkaitan: Kena Serangan Jantung, Pemain Dram Kumpulan ACAB Rebah Ketika Konsert Sedang Berlangsung

Artikel berkaitan: “Penyanyi dah sampai dari Indonesia” – Konsert Dibatalkan Penganjur 12 Jam Sebelum Acara Bermula Sebab Kurang Dana

IMG 20250106 WA0074 2048x1464 1

Menurutnya, penganjuran sesuatu konsert memberikan impak yang baik namun disebabkan insiden yang berlaku di konsert tersebut telah beri imej negatif.

“Dulu saya pergi ke Genting Highlands menyaksikan konsert Kitaro, semua diperiksa termasuk mesin pengimbas dan beg dompet pun kena keluarkan.

Kali ini mungkin urin pun kena ‘check’. Itu antara mungkin syor supaya orang yang menyalahgunakan dadah atau penagih dadah tidak benarkan masuk.

Jadi kita mahu perketatkan dan tengok mana boleh kerjasama dilakukan antara polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Apabila kita beri lesen atau permit, kita akan pastikan penganjur betul-betul periksa (terutama berkaitan dadah ini),” katanya.

Difahamkan, akan ada garis panduan baharu serta pelaksanaan sesuatu konsert di Selangor dan perbincangan akan dilakukan antara Exco Belia dan Sukan Selangor, Mohd. Najwan Halimi dengan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.