Mentang-mentanglah PKPB di Putrajaya dah diumumkan tamat hari ni, terus pergi shopping!
Sebuah pusat beli belah di Wilayah Persekutuan Putrajaya kecoh apabila seekor babi dirakam berada di dalam salah sebuah kedai di pusat perniagaan itu.
Menerusi laman sosial Twitter @redzuanNewsMPB, orang awam berjaya merakam adegan seekor babi yang berada di dalam sebuah kedai di sebuah pusat beli belah yang terletak di Putrajaya.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1335470469311389699?s=20
Video berkenaan kini sudah ditonton lebih 1,000 kali.
Rata-rata netizen beranggapan insiden berkenaan adalah sangat lucu susulan ia berlaku hanya sehari selepas pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai status Putrajaya yang diisytiharkan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.
https://twitter.com/qxddxs/status/1335471935665270785?s=20
https://twitter.com/AqmalJohari/status/1335473747986300929?s=20
https://twitter.com/nrzrmrn/status/1335473806417129472?s=20
Tidak kurang juga ada netizen yang berkata bahawa insiden berkenaan adalah kerana habitat semula jadi haiwan berkenaan sudah semakin berkurangan.
Mungkin ada sebab kenapa haiwan liar pergi masuk kawasan sesak manusia camtu. Petanda yg kawasan hutan kita dah makin berkurangan & haiwan mcm ni dah hilang habitat la kot. We'll never know. https://t.co/2AEdhQWHJi
— ???JattBusby??? (@UnitedGuyMY) December 6, 2020