Sebagai orang Islam, kita dah diajar yang kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Baru-baru ini kecoh di media sosial bila seorang influencer yang juga bekas pembantu peribadi Vivy Yusof, Iman Azman memuat naik video pendek reels di Instagram peribadinya.
Dalam video tersebut Iman yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak telah menunjukkan rumahnya sentiasa ada lampin pakai buang kotor yang dibiarkan bersepah dalam rumahnya.
“Orang lain ada juga ke diapers dekat mana-mana tempat random dalam rumah?”
Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang boleh nampak pampers ada dekat macam-macam tempat di rumah Iman ni, ada atas sofa, dalam kereta mainan anaknya, di atas lantai dan banyak tempat lain.
Orang yang ada baby kecik mmg mostly macam ni ka pic.twitter.com/yjFL7geQwK
— ?meingl? (@meinmokhtar) June 10, 2021
Ekoran ini, netizen yang melihat video ini telah meluahkan rasa jijik dan geli mereka dengan keadaan rumah instafamous ini.
“Bunuhlah aku kalau 1 day aku jadi pengotor macamni”
Selepas mendapat pelbagai kecaman dan kritikan dari netizen, Iman Azman telah pun memadam videonya itu dan mengunci akaun Instagramnya.