in

“Esok budak tu dah besar tengok malu je” – Lana Nodin ‘Sound’ Fazura?

ft lana nodin fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes perceraian Fazura dan Fattah Amin dilihat menjadi perhatian ramai termasuklah rakan artis, ada yang bersuara memberikan kata-kata semangat dan ada juga yang lantang membuat kenyataan.

Sebelum ini, pelakon Salina Saibi ada menggesa Fazura untuk berdiam diri, pelakon Lana Nodin juga ada memberikan komen dengan mempersoalkan tindakan Fazura bersuara pasal punca cerai.


Artikel berkaitan : Fazura Didakwa Langgar Perintah Mahkamah? Ini Kenyataan Peguam Fattah Amin

Artikel berkaitan : “Saya sediakan tempat tinggal, makan minum” –  Fazura Dedah Sikap Fattah Sepanjang Jadi Suami Isteri

Menerusi ruangan komen di Melodi TV3, Lana Nodin menegur Fazura yang membuka aib dan tindakan itu boleh memberikan kesan kepada anaknya pada masa hadapan.

“Kalau awak matang, lebih baik diam daripada buka aib bapa kepada anak sendiri.. Esok budak tu dah besar tengok malu je… kata nak berpisah cara baik kenapa nak explain la nak bukak aib la.. Esok orang buka aib kau baru kau tahu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Dalam masa yang sama, Lana Nodin turut menggesa Fazura untuk menjadi lebih matang, berdiam diri dan meneruskan kehidupannya.

“Allah je tahu kalau kau sedih but when you decided to tell whole world then probably you not the victim. Be smart la.”

Screenshot 2024 10 08 141504

Komen Lana Nodin itu meraih lebih daripada 1,600 tanda suka dan rata-rata netizen bersetuju dengannya. Sebelum ini, Kosmo! ada melaporkan bahawa Salina Saibi juga turut meminta Fazura untuk berdiam diri.

“Woi dah la tu. Diamlah.”

Untuk rekod, Fazura  sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh, semalam.

Sumber : Melodi TV3, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.