in

Eros Sheila On 7 Lelong Gitar Peribadi Demi Gaza, Raih Lebih RM90 Ribu!

ft eros so7 lelong gitar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Barangan peribadi pastinya mempunyai nilai sentimental tersendiri buat pemilik dan ianya pasti menjadi lebih berharga sekiranya ia dipunyai oleh individu berpengaruh dalam bidang masing-masing.

Itulah yang dilakukan oleh pemain gitar kumpulan Sheila On 7, Eros Chandra baru-baru ini yang melelong gitar peribadi miliknya untuk disalurkan ke Gaza. Kalau nak diikutkan, harga pasaran gitar Fender Telecaster Signature Eros Chandra ini adalah sekitar RM5,900.


Pun begitu, menurut posting di Instagram, gitar jenis Fender Telecaster Signature Eros Chandra #28 tersebut merupakan gitar peribadinya dan pernah digunakan pada Konsert ‘Tunggu Aku Di Jakarta 2023’ yang merupakan konsert pertama kumpulan berkenaan selepas pandemik berakhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eross Candra (@erosscandra)

Lelongan yang diadakan di Instagram @smosyu_music berkenaan diadakan selama sehari dan harga permulaan diletakkan pada Rp.5,000,000 (RM1,444).

Gitar peribadi Eros tersebut telah dimenangi oleh seorang lelaki @cyberbagus dengan bidaan tertinggi iaitu Rp.125,000,000 iaitu sekitar RM36 ribu ketika ianya ditutup pada 9 Jun 2024.

Artikel berkaitan : Aeril Zafrel Jual Semula Lamborghini, Guna Sebahagian Hasil Untuk Derma Kepada Palestin

Artikel berkaitan : Bapa Bella Hadid Cerita Kisah Dihalau Sampai Jadi Pelarian Gara-Gara Bagi Orang Yahudi Tumpang Rumah

Lebih mengejutkan, pembida kedua dan ketiga tertinggi juga mendermakan jumlah bidaan mereka sebanyak Rp. 110,100,000 (RM31.8 ribu) dan Rp.100,000,000 (RM28.9 ribu) ke Gaza Palestina melalui Baznas, lembaga pemerintah yang menerima dan menyalurkan zakat & infak di Indonesia.

Snapinsta horz

Secara keseluruhan, acara ‘Lelang Gitar Untuk Gaza’ tersebut berjaya meraih sebanyak Rp.325.100.000 atau sekitar RM93,966 untuk didermakan kepada di Gaza.

Kalau diikutkan, ini bukanlah kali pertama Eros melelong gitarnya kerana gitar miliknya pernah dibida pada harga RM11,000 ketika Konsert Tombo Aji Ridha Ilahi – Opick Dan Sakti Live In Kuala Lumpur, pada tahun 2023 dan hasil kutipan itu disumbangkan ke tabung Palestin untuk membantu rakyat Gaza.

Sumber : Instagram

Sumber: smosyu_music

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.